Pages

14 Mac 2011

14 March..

Hemmmmm..Mengeluh....Kata orang banyak mengeluh bawa malang. Tapi biasa orang mengeluh bila sesuatu buruk/ malang yang menimpa.
Banyakkan Istiqfar, bukan mengeluh...kita orang islam.

14 Mac, merupakan tarikh aku dilahirkan. Hari ini, ku fikirkan sinar suria akan menyinari hidupku. Memang betul  la, sinar suria menyinari...dah lewat nak pergi kerja, kat luar dah cerah. Baju, tudung tak iron lagi, x pe la..buat susu untuk Bukhari dulu, bagi dia tak 'melaung', ummi dia nak solat Subuh dulu, kalau mandi dulu..buat nye berjam dalam bilik air main air paip.

Tektik pertama berjaya, Bukhari melaung juga lepas susu dia habis..sedang 'molek' la aku selesai solat. Angkat dia pergi bilik air..bagi semua 'gajet2' dalam bilik air buat mainan dia. Sementara aku mandi.

Tektik ke-2 berjaya. Alhamdullah.Tengok jam dinding dah pukul 7:05 pagi. patut nya time ni aku tengah pakai tudung. Buat-buat cool, aku ni tak boleh menggelabah, nanti semua benda tak menjadi. Tukar pampers Bukhari. Masukkan barang Bukhari dalam beg, semua dah siap, aku pakai baju tak bergosok pun tak pe, baju ni tak nampak sangat berkedut, gosok tudung je. Sementara mata  tengok Bukhari tergolek-golek keriangan di atas tilam...Ahh...tudung aku..Fuhh..nasih baik tak hangus tudung buruk ni, kerut sikit je.

Baju, tuala, beg plastik..semua dah ada dalam beg..botol susu kosong kat tangan Bukahri. Susu bukhari tak masuk lagi dalam beg. Masukkan cepat sebelum terlupa. Kad Pintar Serbeguna dah sangkut kat lehir, kunci semua ada kat atas rumah ikan-ikan kecil. apa lagi...takut-takut terlupa.

Brekkkkkk.... serentak dengan bunyi itu, aku memandang jam dinding..7:18 pagi. Patut nya time ni aku dah ada dalam kereta. Sementara menunggu Bukhari puas.... aku siapkan barang-barang aku dalam beg.Dah? Jom Bukhari...basuh dulu..bucuk...huhuhu.

Mesti Bukhari lapar, buatkan susu botol la, lagipun botol susu dah kat tangan dia, nak panaskan air dulu ke? buat 5 oz?cukup dah tu. Jom Bukhari, sebelum lampu flat 'off', nanti tak nampak pulak nak buka pintu pagar..

Ok, dah dalam kereta. Jam kat dalam kereta pukul 7:26, rasanya x lewat sangat. Bukhari boleh bersandar sambil menikmati susu botol, bagus anak ummi ni. Ummi nak bersiap kejap...sementara enjin kete cukup panas untuk bergerak. Sambil 'menempek' bedak Miyami kat muka, fikiran aku mesti kat rumah..review balik apa yang aku buat, yang aku lupa nak buat..iron dah simpan dalam almari.suiz semua dah off kecuali enjin air rumah ikan-ikan kecik. gas,api, air.....? Tadi buat susu Bukhari, aku pasang api ke?

Astaqfirullahhalazim...jauhi la aku dari gangguan syaitan. Banyak kali aku istiqfar..80% - yakin aku tak nyalakan api. tapi ada lagi 20% mengatakan, "baik tengok..nantikan 1 flat meletup, lewat tak pe.., alang-alang lewat". Kuat kan semangat... jom Bukhari...kita naik atas..Alhamdulillah..kan aku dah cakap, memang aku tak pasang api pun, kan air tu aku dah panaskan masa nak solat subuh.

Boleh start kereta dan terus bergerak..kenapa kereta kelisa kat depan ni x bergerak lagi?..kereta student kot, class dia lewat hari ni..kat tepi ni pun kereta kelisa.student jugak kot. susah nak keluar ni.Tak pe Bukhari..kita pergi atas dulu, tak kan nak paksa jugak kalau kereta panjang ni tak boleh menembusi sekatan kelisa. =)...nanti di Kad kehadiran tulis sebab, parking kena blok 2 kereta kelisa.

Alhamdullalah..walaupun dah lewat, nampak kereta lain cam tak sebanyak biasa yang mengganggu perjalanan kami. Jangan terburu-buru, Istiqfar....dah masuk jalan utama, nampak jalan cam lebih clear dari biasa. Kereta saga lama warna kelabu kat depan kereta aku pandu..kenapa tiba-tiba berhenti? Lupa jalan kot..dah gerak pun dia.. Makcik yang pandu...lampu kat depan dah hijau..tapi mungkin x sempat kot sebab jauh lagi, nanti lampu hijau ke-2...yakin!!huhuhu..sempat lagi.

Ok dah hijau balik..bersedia..mata semakin bulat..Bukhari..kenapa nga kereta kat depan ni? Nampak makcik tu menggelabah, kereta yang dipandu tersekat-sekat cam kucing nak muntah tersangkut tulang ikan kat tekak. Astaqfirullahhal azim..kuat lagi dugaan makcik tu dari aku. kerata kat belakang dah bising. Aku cuba untuk masuk lain line lain, tiba-tiba kereta makcik tu bergerak juga walaupun x selancar..sangkaan aku dia pergi tepi la, tapi dia teruskan jugak perjalanan.

Lampu mula kuning dan merah..nampaknya..x sempat juga aku. x pe..cool,istiqfar. Makcik tu pandang aku melaui cermin sisi kereta. Mengelabah dia, kenapa la dia tak parking tepi je, ni..lampu hijau pasni..x gerak pulak. Buatnya kereta dia mampus kat tengah-tengah jalan, jem teruk la jalan kat pintu belakang UiTM ni.

Lampu dah nak hijau, kereta makcik tu cam bersedia dah nak gerak..1,2,3..hijau..go!! Alamak..kereta dia tak gerak,aku tengok cermin sisi..nak masuk line lain..kereta makcik tu mungkin dah tak boleh diselamatkan. Aku memecut kereta ku, ehh..makcik ni..laju pula dari aku. mesti dia tekan minyak tahap maximum ni.

Akhirnya, rintangan dari kereta saga lama makcik tu dah dapat diatasi selepas makcik tu membelok kereta dia ke arah lain. Dalam kereta, aku cuba-cuba buat cool, berbual dengan Bukhari, kadang-kadang buat nangis ala-ala heroin korea (pengaruh drama bersiri korea- malam tadi tengok cerita Goong sampai kul 12 tengah malam).

Lepas Bukhari selamat dihantar ke taska, aku terus memecut kereta..mesti makan minyak banyak ni, tak pe la, bukan selalu kan. Lif kat bangunan SAAS ni bukan boleh pakai, kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Malas aku nak bertaruh yang hari ni lif tu ok ke tak. Baik aku senaman untuk jantung. Tingkat 5 bukan tinggi sangat pun, student dan  lecturer yang tingkat 14 boleh je guna tangga. Kuat semangat...

Alhamdulillah..akhirnya aku sampai ke garisan penamat dengan catatan masa 7:54 pagi. Ingat paling awal pun 7:59 pagi..Alhamdulillah..bersyukur sekali lagi kerana dikuatkan semngat ku.

Ya Allah, ya tuhan ku, permudahkan la berjalanan hidupku. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...