Pages

5 April 2011

Aktiviti Baru Bukhari

Makin besar, makin timbul banyak ragam Ahmad Bukhari. Kena ada aktiviti yang berlainan, klu aktiviti sama cepat bosan dan tak happy. Antara aktiviti baru Bukhari minggu ini :

1. Main buih sabun. Dah habis sabun mandi Pureen dia sebab banyak guna sabun. Abi dia tengok gambar ni terkejut, takut sabun masuk dalam mata. 

Suka main buih sabun

2. Kutip semua beg, sangkut kat bahu dan jalan-jalan kat ruang tamu. Marah kalau tak mampu angkat beg ummi yang berat.

Dia yang kutip semua beg, bila x larat..meraung

3. Balik sekolah selalu makan kek Apollo sementara tunggu ummi masak. Tapi kali ini beli biskut 'snak' (Waffer Yoss). Tapi bila biskut jatuh sebab dah pendek, mula marah-marah dan meraung.

Baru balik taska.. Ni la baju sekolah Bukhari

4. Solat Subuh dengan ummi. Try kopiah yang tok ma beli masa raya. Padan molek, kemas, segak, bergaya. Tapi baju tu singkat nampak pusat. Seluar pun tak pakai. Pakai lampin je. Boleh tersenyum sikit sebab boleh pakai kopiah. Kalau tak, tengah meraung la tu sebab ummi nak solat, tak leh layan dia nk dukung.

Ini Ahmad Bukhari bin Mohd Shazni


:) Bilik x kemas sebab kejar masa, langsir tu pusing2 macam tu sebab malam-malam cahaya dari lampu kat luar terang, Jadi tak yah pasang lampu bilik. Jimat sikit bil elektrik. Kalau letak klip atau ikat dengat apa2 langsir tu, menarik perhatian Bukhari.. memang tak lekat benda yang sangkut kat langsir.

SMS : Jangan tinggal solat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...