Pages

30 Julai 2012

Hari Minggu Di Bulan Puasa

Ingat hari minggu je boleh pergi shopping beli barang raya. Mana sempatnya, dah kalau kul 4 baru ada kat Plaza,kereta penuh parking...masuk dalam shopping mall, penuh orang..rasa pening, sakit kepala dan sakit belakang.

Tengahari kami kat KLIA..pergi hantar Cik Kah.

Lambaian Cik Kah


Adik sakit mata, batuk dan selsema. Sebelum pergi shopping singgah ambil ubat adik klinik al-Ni'sa. Kesian dia. Tak dang nak beli baju raya untuk adik. Sampai-sampai je kat rumah dah nak magrib. Tak dang nak masak.

Nasi Beriani Jemmy


Pagi Ahad pergi shopping kat Econ Save kat rumah beli barang keperluan dapur. Masak ni. Alhamdulillah..berkesempatan juga.

Hari ni rasa nak makan kerang :)

25 Julai 2012

Serawa Durian

Ramadhan kali ini selalu tidur awal dan sedar-sadar je pukul 5 pagi. Waktu tu baru la solat Isyak dan kemas dapur sikit. Kadang-kadang tu boleh tertidur balik, dah la nasi x masak lagi, lauk pun x siap lagi. Last-last buat serawa durian.

Tengah masak tu sempat la gi solat Isyak. Memang sedap, tapi bila makan rasa mual pulak, x boleh jadi ni, nanti termuntah pulak tengahari nak sampai boleh berbuka tu lambat lagi.

Mana tidak nya, makan benda manis dan angin masa sahur. Cari sesuatu yang boleh mengalas perut untuk hilang rasa mual, tengok..maggi je yang terpantas untuk disediakan memandangkan dah tak lama untuk masuk waktu Subuh.

Alhamdullah, dah hilang rasa mual setelah makan separuh maggi.

24 Julai 2012

Ramadhan 1433H

Alhamdulillah, aku dapat juga menyambut Ramadhan tahun ini.


Sambutan Ramadhan tahun ini, aku setia ditemani oleh anak-anak aku yang comel :).
Macam hari-hari biasa, lepas balik kerja, buka rancangan kartun. Biasa ada rancangan kartun Upin & Ipin, since Ramadhan ni, rancangan ditukar. Kesian Abe, letih lebih pada orang puasa pulak. Dia demam selsema, sakit tekak, batuk dan kurang selera makan. Tapi vitamin habis sebotoll dalam masa 2 minggu je.

Tengah syok-syok tengok iklan, Abe cepat-cepat turun dari kerusi empuknya.
"Mi.." dia tunjuk sesuatu platik roti kat atas meja jepun.

Sekarang musim 1 Malaysia, iklan tunjuk bendera Malaysia je. Perasan pulak dia ada bendera Malaysia kat plastik roti.

ok la semua. Salam Ramadhan. Semoga kita jadi lebih baik dari sebelum ini. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...