Pages

9 Ogos 2012

Pameran Dinosaur

Sebelum ketibaan Ramadhan, kami sekeluarga pergi kenali Pusat Sains Negara, dengan bantuan Pn. Aini sekeluarga :) . Masa tu ada pameran dinosaur, sesuai la untuk abang yang ingin kenali dinosaur dengan saiz sebenar, biasa main game dinosaur je.


Dinosaur-dinosaur ni semua hidup tau, jangan main-main.

Dinosour tu tanduk siku abang la

Adik takut nak sentuh

Ahli Sains Cilik

Dipantau


Sepanjang lihat pameran dinosaur dan sains tu, adik tidur


Baru bangun tidur

Terima kasih Autie Aini, lain kali kita datang lagi :)



Bubur Lambuk

Hari ini ingat nak singgah pasar malam, nak jamu mata baju raya kalau-kalau ada yang berkenan. Mesti banyak pilihan kan? Tu hanya angan-angan dalam kereta selepas puch card balik kerja. Belum sampi gate UiTM, kereta kat jalan dan jem. Cuaca petang tu panas, buka tingkap sikit bagi masuk angin sikit sambil layan radio. Apa kejadian sampai jem cam ni..umm, tak pe la. Orang berpuasa kena  banyak bersabar, aku senyum je, lagi pun tak de apa yang perlu dikejar. Fikir semula, tak perlulah pergi pasar malam, beli makanan berbuka dekat pasar ramadhan dekat taska pun okey dah.

Kereta aku semakin menghampiri pintu gate. Lihat dari jauh, mama (ustazah CITU) dengan Prof, PNC UiTM KPA tu, tengah berpanas bahagi bubur lambuk. Rasa bangga terima bubur lambuk dari Prof sendiri, senyum aku memanjang sambil dengar lagu raya dalam kereta. Tabik dekat Prof, sanggup tu berpanas..nampak keikhlasan dan kesungguhan beliau.



Petang tu, anak-anak ummi boleh makan bubur lambuk. Jangan rebut-rebut, semua dapat rasa.

8 Ogos 2012

Qaisara dan Puding Pisang

Semalam rasa nak makan puding Pisang Di Raja. Rehat tengahari keluar pergi beli pisang, ikan sela kecik 4 ekor, sayur dan teh boh uncang. Balik kerja, sempat masak nasi, goreng ikan dan buat sayur air. Siap awal sikit. Alhamdulillah, masa yang ada sempat lagi buat puding pisang sementara adik dan abang kusyuk bermain. Adik cepat bosan kalau dia main sorang-sorang, tak sampai 5 minit, mula la bergerak pergi dapur. Nak buat air teh, kena dukung la dia kalau tidak, diseret dan dikautnya sampah-sampah dalam perjalanan ke dapur masuk dalam mulut.

Jarang goreng ikan, biasa goreng telur dan ayam je, semalam ajar abang, yang dia makan ni namanya  ikan, malam sebelum tu sotong..tapi dia sebut atong. semua benda yang disebut mula dengan a.


Kalau ada kesempatan nanti ummi masak untutk tok ayah dan tok ma mesti suka. Abang suka Puding Pisang Di Raja

7 Ogos 2012

Cerita Kami

Salam Ramadhan buat orang di kampung, pastinya petang dan malam meriah. Rindu sangat suasana cam tu. Abe suka tengok video yang ada tokma dan kakak, pasti dia pun rindu juga.
Okey la, tak nak cite sedih..hari ini khabar dari kami. Qaisara demam, mungkin sebab beralih kebolehan (cam pelik je). Qaisara dah pandai merangkak, first time tengok terkejut juga, x tunjuk ciri-ciri nak merangkak, tiba-tiba letak je, terus merangkak.





Aktiviti abang dan adik:
Cuba tengok betul-betul abang pakai baju apa
Sementara mereka main bersama (ye la tu main, hakikatnya adik dibuli), ummi curi-curi masa kemas dapur sikit.

.
Ni stok untuk bulan puasa, x rugi beli, memang sedap sehinggakan tiap kali berbuka sebelum makan nasi, mesti makan biskut kacang dan tart epal (kawan-kawan 1 office yang buat ni). air masak dalam botol tu penting, air masak kalau tak tertutup rapat, mesti semut mayat masuk. Sakit hati betul dengan semut-semut tu, air masak yang dia suka. dalam gula tak de pulak, moden betul semut sekarang. Kalau nak makan biskut-biskut raya kena pastikan air masak sentiasa ada.

Rumah tak sempat kemas, sebabnya time anak-anak semua tidur, time tu la ummi boleh tidur.


4 Ogos 2012

tip jimat pampers

Bagi mak-mak di zaman moden ni, pampers senang je dapat. Tapi kalau dah banyak yang telah dipakai, jadi masalah juga kepada mak-mak cam aku ni yang kena buang sampah jauh sendiri. okey lah, bagi yang bermasalah untuk keluar buang sampah, aku ada cara untuk kurangkan sampah pampers yang telah digunakan oleh anak-anak kita.
1. Pakaikan anak anda dengan cloth diaper yang banyak dijual di pasaran online sekarang.
Kalau hari minggu cam ni, pakaikan anak anda dengan CD. Selain ianya mengurangkan kuantiti sampah, ia juga dapat mengurangkan kos, dapat kurang bau busuk sampah(tu matlamat penting aku). Kebaikan lain ada banyak lagi.
2. Guna pamper yang rosak.

Biasa, cam pamper yang kita beli, ada juga yang pelekat tak berapa nak lekat atsu pun x de pelekat terus. Alter sikit , dan boleh dijadikan insert untuk CD. Cam contoh di atas.
3.Latih anak buang air di toilet.
Masa hari minggu ini ni la time mak-mak untuk latih anak belajar berdikari.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...