Pages

1 Oktober 2012

Lemping Nestle


Bukhari dan Qaisara, mereka berdua ini nampk sahaja kecik, tapi banyak juga makan. Bila makanan dan habis atau dah kurang selera nak makan makanan sama, terfikir untuk masak sesuatu yang lain sikit.

Tercetus idea bila tanya abi nak makan apa, dia kata nak lemping. Emm..sedap juga kalau letak nyor, sebenarnya kita pun tidak pernah rasa lemping+nyor, cuma bayangkan sahaja. Rasanya boleh ganti dengan nestum keluarga.

Sebiji telur,2 sudu gula, sedikit garam dan 2 cawan tepung naik sendiri. Okey..air mengikut kepekatan yang disukai. Sedap makan waktu masih panas, kejap je dah habis. Bukhari dan Qaisara pun suka. 

Breakfast dengan lemping ni je 2, 3 hari ni. Malam tadi buat lemping ni.. makan dengan isi bebola ikan yang ada sayur cmpur, Bukhari makan sampai tak tinggal pun kat ummi, Qaisara terkebil-kebil mata tengok abang dia, nak cakap tak reti.

Saja tidak habiskan adunan tu sebab nak buat breakfast pula untuk abang bawa pergi sekolah.

Note : Lupa nak ambil gambar, sebab terus je makan :)
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...