Pages

27 November 2012

Hash Browns Ummi


Assalamualaikum..

Hari minggu bersama anak-anak ummi, hari yang menceriakan hidup ummi. Bila ada kat rumah, terasa nak makan macam-macam, teringat Hash Browns Mc D yang masih panas-panas.

Pic from google
Sambil dukung budak comel ni, rebus ubi kentang. Memang ubi kentang sentiasa ada dalam stok makanan sebab abang suka makan ubi kentang.


"Wahh..ada akan" , tu dialog abang la adik.
Bila dah 15 minit rebus, try lenyek..alamak, keras lagi la ubi ni. Rebus lagi, dan mula penyek, letak garam dan lada hitam sikit. celup dengan tempura Nona.

Hash Browns dah macam cenkodok da..janji sedap

Cicah dengan external hardisk
 Dah jadi kambing external hardisk ummi tu, abang punya kerja.

"Ambil amba abang ummi"
"Wuhh Anahh.."
"Dah mi?"
Emmm..
Sedappp..

SMS: Birthday abang dah tak lama, rasa nak buat hash browns bentuk jejari, mesti budak-budak suka.

23 November 2012

Mengapa Rezeki Susah Masuk

:: Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK ::
 

 1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

Sumber

Coursin Bertunang & Kahwin

Cuti raya haji boleh dikatakan lama la juga, balik kampung awal, balik Puncak Alam lambat. Raya kedua kena ikut rombongan sepupu bertunang dengan orang Tumpat. Pada awalnya rasa malas la pergi, sebab urusan pertunangan ni kerja orang-orang tua, kita ada anak kecik, buat bising rumah orang pula, tapi fikirkan bapa saudara ajak, rasa kesian pula nak hampakan.

Tahniah buat Nik Jailani & tunangnya
 
Handsomekan sepupu aku ni, rambut pacak lagi.
Kebanyakan yang hadir adalah sepupu-sepupu aku untuk memperamaikan & untuk memeriahkan lagi majlis, tu ayat dalam kad jemputan majlis kenduri.
 

Sepupu, Rabiatul Adawiyah
Adawiyah ini bakal kahwin bulan depan waktu tu,(bulan ni la maksudnya..pening ayat).


Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh alam rumah-tangga, cantik sangat Puan Adawiyah. Kami tidak dapat hadir majlis Puan Adawiyah & suami, sebab bajet kurang la nak balik kampung ni,, dengan tulus ikhlas bagitahu.

SMS: Rasanya, bulan 12 balik kampung, boleh la jumpa Puan Adawiyah dan sepupu bongsu (baby besar Pak Su).

22 November 2012

Kasut Claim

Penantian, persoalan akhirnya terjawab..

Kasut Pertama : RM159.00

Kasut Kedua : RM79.42 selepas diskaun


Katanya Pn Hjh, "Ni bukan kasut kerja (kasut pertama), ni kasut orang buat pergi kenduri. Saya boleh luluskan 1 je kasut untuk awak, tahun depan awak tak payah claim kasut".

Sedih betulkan, perancangan duit tu boleh la baiki kereta sikit.

SMS: Terima kasih kepada Sham Farez dan Pn Bunga Matahari.
 

Abang dan Rambutnya

Susah benar nak potong rambut abang, sehinggala rambut dia sepanjang ni.


Tentera Bobibooy
Sebab susah sangat nak potong rambut dia, abi potong pendek terus.

Ayah cik kata, Bukhari nampak 'cantik' rambut panjang.

Raya Haji 2012

Balik kampung!!

Berebut makan

Ingat arnab ingat ayah cik

Bukhari dengan Tok Ayah dan E-sya
 
Waktu pagi di kawasan rumah Tok Abah

Danish, 2 pupu Bukhari

Tahun ini, abi ambil 1 bahagian lembu untuk korban. Ambil lembu abah, dapat 18kg daging, memang banyak dapat daging.


Lepas je sembelih, terus ambil daging untuk digoreng dan buat singgang daging untuk diberi makan pada orang-orang yang bertungkus lumus mengerjakan tugas-tugas pembahagian.

Ambil sikit untuk dibawa ke Puncak Alam. Abang suka makan daging singgang yang ummi masak, habis licin (letak budu,serbuk ketumbar, bawang merah, garam sikit). Try buat rendang daging sikit, makan dengan roti nan (resepi minta dengan Syam Farez).

Tips Keluarga Bahagia

 
Tips cinta suami isteri ♥

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
...

3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
 
 

Rumah Kita - Seri Manjung

Alhamdulillah..

Bulan ini abi dah start sewa rumah sorang, jadi kami anak beranak boleh la jengok abi bila ada kelapangan. Buat pertama kali Qaisara sampai Seri Manjung, suka dia main-main kat kawasan rumah. Abi sewa rumah teres, ada tanah cam padang kecik, sesuai untuk abang main bola nga adik dan abi nanti.


Sepanjang berada di situ, abi bawa kami jalan-jalan cari makan, sampai sakit perut ummi sebab terlalu kenyang. Makanan yang menjadi bualan orang kalau sampi kat Perak, sudah pastinya mee udang. Kami pergi cari mee udang paling tersohor di Perak iaitu.. Mee Udang Mak Jah, di Kuala Sepetang, Taiping. Alhamdullah..sampai juga. Perjalanan kami dari Seri Manjung makan masa 2 jam. Kebetulan musim sekarang musim durian dan rambutan, sepanjang perjalanan orang jual buah-buahan.


Dahaga sangat, sampai order 4 jenis minuman

Mee Udang Special

View dari dekat


Balik dari Kuala Sepetang, singgah beli Nasi Arab pula, memang terbaik la. Sedap, sehingga terbau-bau lagi nasi dan gulai kambing dia. Gulai kambing dia rasa cam 'Chicken Chop in Black Pepper Sauce'.

Esoknya, kami ke Sitiawan rumah sepupu, pekena pulak Mee Kari, rasa dia cam mee kari Puncak Alam ni, cuma dia pedas sangat.

Jangan tak tahu, di Seri Manjung juga ada Satay Kajang, makan satay Kajang kat Gerai Char Kuew Teow  Goreng. Perancangan nak makan di Kedai Makan Syam Char Kuew Teow, kedai tu tutup pula.

Hari minggu waktu pagi kami ke Pantai Teluk Batik, berkelah kat situ sambil makan Nasi Dagang dan buah-buahan yang abi beli kat Pasar Malam. Harga buah-buahan kat sana murah-murah, jadi banyak sangat abi beli.

Abi cakap, kalau dia tinggal sorang dia tak beli buah-buahan ni, sebab family ada sekali, rasa teruja nak beli untuk anak-anak dan isteri makan dan rasa. Terima kasih abi.
Tengahari kami pergi kenduri kawin adik kawan abi, waktu tengahari adalah waktu tidur abang dan adik, jadi ummi dan abi makan nasi minyak sambil riba anak sorang satu. Pencuci mulut kat situ, bubur kacang hijau, rasa cam best sangat sebab memang nak makan bubur kacang hijau pun time tu.

Banyak lagi tempat abi nak tunjuk kat kami, tapi kami kat sana sekejap sahaja. Lain kali la abi kita pergi, nanti kami datang lain kali dah habis tempat dah lawat.

Abang selalu pelik, bila ummi cakap. "Ha, dah sampai rumah kita."

Kami pulang ke Puncak Alam tengahari, jumpa mentarang di sepanjang jalan Kuala Selangor. Kami cuba rasa mentarang bakar dan mentarang goreng, abang suka sangat sampai tak bagi orang lain nak makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...