Pages

22 November 2012

Rumah Kita - Seri Manjung

Alhamdulillah..

Bulan ini abi dah start sewa rumah sorang, jadi kami anak beranak boleh la jengok abi bila ada kelapangan. Buat pertama kali Qaisara sampai Seri Manjung, suka dia main-main kat kawasan rumah. Abi sewa rumah teres, ada tanah cam padang kecik, sesuai untuk abang main bola nga adik dan abi nanti.


Sepanjang berada di situ, abi bawa kami jalan-jalan cari makan, sampai sakit perut ummi sebab terlalu kenyang. Makanan yang menjadi bualan orang kalau sampi kat Perak, sudah pastinya mee udang. Kami pergi cari mee udang paling tersohor di Perak iaitu.. Mee Udang Mak Jah, di Kuala Sepetang, Taiping. Alhamdullah..sampai juga. Perjalanan kami dari Seri Manjung makan masa 2 jam. Kebetulan musim sekarang musim durian dan rambutan, sepanjang perjalanan orang jual buah-buahan.


Dahaga sangat, sampai order 4 jenis minuman

Mee Udang Special

View dari dekat


Balik dari Kuala Sepetang, singgah beli Nasi Arab pula, memang terbaik la. Sedap, sehingga terbau-bau lagi nasi dan gulai kambing dia. Gulai kambing dia rasa cam 'Chicken Chop in Black Pepper Sauce'.

Esoknya, kami ke Sitiawan rumah sepupu, pekena pulak Mee Kari, rasa dia cam mee kari Puncak Alam ni, cuma dia pedas sangat.

Jangan tak tahu, di Seri Manjung juga ada Satay Kajang, makan satay Kajang kat Gerai Char Kuew Teow  Goreng. Perancangan nak makan di Kedai Makan Syam Char Kuew Teow, kedai tu tutup pula.

Hari minggu waktu pagi kami ke Pantai Teluk Batik, berkelah kat situ sambil makan Nasi Dagang dan buah-buahan yang abi beli kat Pasar Malam. Harga buah-buahan kat sana murah-murah, jadi banyak sangat abi beli.

Abi cakap, kalau dia tinggal sorang dia tak beli buah-buahan ni, sebab family ada sekali, rasa teruja nak beli untuk anak-anak dan isteri makan dan rasa. Terima kasih abi.
Tengahari kami pergi kenduri kawin adik kawan abi, waktu tengahari adalah waktu tidur abang dan adik, jadi ummi dan abi makan nasi minyak sambil riba anak sorang satu. Pencuci mulut kat situ, bubur kacang hijau, rasa cam best sangat sebab memang nak makan bubur kacang hijau pun time tu.

Banyak lagi tempat abi nak tunjuk kat kami, tapi kami kat sana sekejap sahaja. Lain kali la abi kita pergi, nanti kami datang lain kali dah habis tempat dah lawat.

Abang selalu pelik, bila ummi cakap. "Ha, dah sampai rumah kita."

Kami pulang ke Puncak Alam tengahari, jumpa mentarang di sepanjang jalan Kuala Selangor. Kami cuba rasa mentarang bakar dan mentarang goreng, abang suka sangat sampai tak bagi orang lain nak makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...