Pages

31 December 2012

Hari Minggu Hujung Tahun 2012

Adik Sara dah makin besar. Abang pun dah makin pandai.
Adik dah pandai merajuk, dah pandai kecil hati, dah pandai pura-pura nangis, abang pula makin hari semakin suka 'ngenak' adik.
 
 
Rambut adik nampak makin kurang kalau bertocang
 
Adik nak tunjuk gigi

Letak remote TV dalam baju adik

Pakai seluar abang

 
Setiap kali tengok basikal orang kat luar, mesti abang cakap,
" Mi, asikal abang mi "
Adik Sara, jumpa apa-apa kain, mesti suruh pakaikan kat kaki dia, tu..kononnya, pakai seluar abang, boleh la jalan. Belum jumpa kasut lagi, kalau jumpa kasut, mesti dia suruh pakaikan dan pimpin dia sampai sakit belakang pusing-pusing dalam rumah. Kalau kasut dia boleh tahan lagi, ni kasut orang besar.
Lepas pakai seluar abang, sambung naik basikal, kaki pun x sampai pedal basikal.
 
 
SMS :

19 December 2012

Musim Buah 2012

Penghujung tahun 2012, menutup tirai dengan musim buah di Kelantan.


x dang nak snap gambar, yang pasti 3 jenis buah tu memang berlonggok kat kampung. Abi sampai x terkutip buah *settor.
Adik & buah jambu madu
Adik & buah cupu
Jangan main buah cupu tu banyak getah. Buah cupu tu nak bagi kat mak long di Melaka yang tengah mengidam. Sedap dibuat sambal ikan buah cupu.


Achik, abang, ayah cu & *nyor pandan


Abi & pohon *sawonilo
Semoga tahun depan, buah kat kampung lebih meriah lagi :D.

Jom belajar bahasa Kelantan :
*buoh settor =buah  manggis
*buoh sawo nilo = buah ciku
*nyor = kelapa

Birthday Abang

Budak-budak comel yang tak sabar nak makan kek
Ummi tak sempat nak buat persiapan atau sambutan untuk anak ummi, tapi percayalah yang ummi memang teringin sangat nak tengok anak-anak ummi gembira.
"Wahh..Eme ashih ummi"..ayat abang bila ummi bagi sesuatu kat abang.
 
Rasa terharu sangat, dan rasa dihargai sangat walaupun pemberian ummi sikit sangat. Ummi doakan abang jadi anak yang soleh, dimurahkan rezki, panjang umur, besar nanti jaga adik-adik elok-elok.

Kek birthday abang yang tok ma beli
"Eme ashih oma"
 
SMS: Dah lama tak buat kek coklat.
 

Arnab

Suatu petang di perkarangan rumah tok ayah. Cuaca petang itu nyaman bangat...huhuhu. (Cuaca bulan 12 di Kelantan). Kelihatan kanak-kanak riang sedang bermain dengan arnab-arnab yang comel.

 
 
 
 
 
Niko vs arnab putih (x leh bagi nama sebab banyak sangat arnab warna putih)
 

 

17 December 2012

The Ville Inbox Not Functioning



Pada yang suka main game the ville kat facebook akan  terasa x suka bila inbox dia x berfungsi cam inbox kawan-kawan yang lain, jadi kat sini aku boleh bagi tip. 

1) Mula-mula, sila semak dulu, untuk facebook anda guna bahasa apa.
2)Kalau bukan Bahasa Inggeris, pergi kat setting profile facebook, tukar kepad bahasa inggeris. lepas tu, anda akan tengok keajaiban.

Neighbor pun suka berkawan dengan kita bila kita dapat tolong mereka untuk siapkan rumah idaman. 

SMS: Okey, boleh mula besarkan rumah dengan hati yang senang. 

4 December 2012

Air Terjun Lata Rek

Sesekali pulang ke kampung rasa seronok sangat bila dapat luangkan masa bersama. Antara aktiviti yang selalu bila bersama keluarga masa zaman budak-budak dulu, pergi mandi air terjun. sekarang kami adik beradik dah berkeluarga, jadi  makin ramai ahli forum.
Balik cuti raya haji baru ini, sempat pergi Air Terjun Lata Rek, rasanya last aku sampai situ dalam 15 tahun lepas.


 







Suka sangat : D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...