Pages

5 Februari 2013

Buang Tonsil

Cepat betul masa berlalu, sehingga tak sedar bulan Januari 2013 sudah berlalu pergi meninggalkan kita semua. Hari-hari sepanjang bulan Januari sibuk dengan temujanji doktor, temujanji untuk abi, ummi dan abang.


Kad Ujian untuk uji mata abang
Abi tunggu turn dipanggil untuk masuk ward
Model semata-mata
Tonsil abi yang telan dibuang
Kenapa dengan hidung abi??
Perancangan doktor untuk buang tonsil di tekak sahaja (Palatine tonsils). Disebabkan ada kesulitan yang tidak dapat dielakan, doktor terpaksa membuang tonsil di belakang hidung (Adenoids)  pada hari yang sama.
Frame Keluarga K.I.T.A

Alhamdullillah, abi dah beransur baik, umi pun dah berbraces, pakat sama-sama makan bubur nasi, baru tahu..adik kuat makan juga, suka sangat dia makan bubur nasi. Menu untuk bulan Januari, singgang ikan, sup ayam, sup sayur, sup ikan merah, ikan bakar, ayam bakar dan sup ubi kentang. Adik paling suka makan kentang yang dimasak dengan sup ikan merah. Abang pula, doktor kata mata abang boleh baik dengan membuat latihan penglihatan menggunakan 1 mata sahaja untuk melihat, doktor sarankan buat latihan 3jam sehari.

Wealth :
“Wealth is in the richness of mind and heart, not the pocket.” - Anay Bathia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...