Pages

20 Mac 2013

Sejak Bila Rasa Dah Tua?

Zaman sekolah rendah, sekolah menengah..bila ada perhimpunan sekolah, aku dok paling depan selepas penolong kelas. Pergi mana-mana mesti orang tak sangka umur aku yang tidak padan dengan fizikal badan aku yang kecik. sehinggal ...pada suatu hari....
Ketika tu umur aku 19 tahun, tengah tunggu turn untuk diuji pandu kereta dekat sekolah Memandu Yakin, Pengkalan Chepa.
Seorang gadis cina bertanya, "Kak, ada pen, nak pinjam?"
Terasa sangat,tua sangat ke aku ni, aku tak nampak umur cam 17 tahun ke?
Sejak dari itu aku mula belajar untuk sedar diri, aku sedar yang masa tidak akan berhenti untuk aku sentiasa sweet 17.

Kalau dengan keluarga. saudara mara dan kawan abang long aku ingat aku kakak kepada abang long aku. Macam mana tu?

Sehingga sekarang,genap usia aku 29 tahun walaupun badan aku tidak membesar cam orang lain selepas bersalin anak ke-2, tapi muka tetap akan bertambah tua. Masih ramai yang panggil aku kakak walaupun aku sebaya atau dia lebih tua.

Seorang lecturer, "Selalu kita terjumpa, tapi tak pernah berkenalan, umuar awak?"
Aku, "29."
Lecturer, "oo..muda lagi. "

Kenapa?Ingat aku 35 tahun ke?

Masa mula-mula kerja tempat baru, mesti kawan kerja tempat baru tu panggil aku kak. Lepas soal selidik, rupanya dia lagi tua. Sedih betul kan? tapi untuk sedapkan hati aku, kawan-kawan tempat baru tu cakap la, sebab aku nampak lebih matang. Tapi kan, aku tahu yang hakikatnya aku memang sudah tua++ aku ni kusut masai, tak pandai berkemas.


sms: Aku nak sentiasa muda untuk suami dan anak-anak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...