Pages

10 Jun 2013

Aktiviti Baru Abang dan Adik

Sejak ada pensil warna, boleh dikatakan hari-hari abang mewarna. Habis benda minta ummi lukiskan untuk dia warna. Adik pula tak leh tengok kasut dia, mesti nak pakai dan ajak jalan-jalan kat keluar rumah. Bila dah jumpa motosikal kat luar, ajak naik motor pula.



Time ajak keluar jalan-jalan, tengok la mereka bukan main gembira lagi, hari tu kami pergi jalan-jalan Setia City Mall je. Ada taman kat situ, abang tengok air pancut warna warni  sampai tak nak balik. Lupa pula nak ambil gambar.  

Adik suka
Abang lagi suka
"Nak g ana ummi."
"Adalah"
"Oooo"

sms: Lain kali kita pergi waktu malam, mesti lagi cantik taman tu.

5 Jun 2013

Niece - Melaka - Cencalok

Minggu pertama bulan Jun, kami ke rumah kak Long yang berada di Malim Jaya, Melaka untuk melihat bayi comel kak Long yang belum diberi nama lagi. Perjalanan kami memakan masa 5 jam disebabkan jalan jem teruk, jauh meleset perkiraan GPS yang katanya 2 jam 6 minit. Sekarang Qaisara dah ada sepupu baru, makin ramai sepupu Qaisara dan Bukhari. Petang keesokannya kami pulang ke Puncak Alam.


Bila ke Melaka, mesti punya aku tak lepas peluang untuk beli cencalok dan belacan bakar yang masih baru lagi. Cencalok dan belacan kat mana-mana pun ada, tapi kalau beli dekat Melaka, cencalok dan belacan dia packing baru, bentuk udang pun jelas lagi dalam botol dan tidak terlampau masin.

Balik dari kerja cepat-cepat goreng ikan dan goreng sayur, dan siapkan cencalok dengan hirisan bawang, lada, perahan limau. Aku dan anak-anak makan banyak sampai terus tak larat nak buka mata sebab mengantuk. Bila nasi dalam pinggan dah habis.
 

"Mi, abang nak asik agi..emmmm".
"Ummi masak banyak la, ada lagi, jap ummi ambil".
"Ye!! abang nak akan.. ayo". sambil tunjuk ikan goreng dan sayur gorang.
"Em, adap nye ummi".
"Alhamdulillah".
"Ni dah last ni, ikan dah habis".
"Apalah, abang akan ayo".

Keesokannya, buat nasi goreng belacan, sebab kangkung banyak yang mak mertua bagi masa pergi Melaka.

sms: Suka tengok abang dan adik makan nasi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...