Pages

29 Julai 2013

Langkah-langkah masak Puding Karamel

Puding karamel atau puding gula hangus..sama je kan. Puding ni banyak versi, ada yang tak pakai telur, ada yang guna susu cair, ada yang guna susu pekat , susu segar , tepung kastad.. ish macam. Boleh je search resepi nak yang versi cam mana. Biasa aku pakai resepi ni:

Resepi Puding Karamel

Masak puding karamel ni x lah leceh, cuma leceh sikit bab masak karamel. Ni nak tunjuk cara aku tersendiri bila masak karamel

1.Masak gula dalam loyang terus, guna api sederhana, guna pengepit besi untuk kepit loyang dan kacau. Pastikan anak-anak kecik tiada berhampiran. Risau terpelanting loyang dengan gula panas.


2. Bila dah menggelegak cam ni, kecikkan api.


 3. Bila dah cair kekuningan, boleh lah matikan api. Loyang tu masih panas, gula tu akan masak sendri dan akan kuning keemasan. Jika nampak cam nak terhangit, cepat-cepat percitkan air untuk hentikan proses pemanasan. Biarkan karamel sejuk dan keras dalam loyang.


Bila dah siap karamel, boleh la sediakan bahan-bahan lain.
Jangan lupa tapis 

Jangan lupa tutup periuk pengukus tu
Susu sejat Ideal & F&N

Daripada pengalaman, susu sejat ideal lebih pekat daripada susu sejat F&N.
Kalau ikut resepi ni, dan guna susu sejat Ideal ..kalau nak puding lembut sikit, tambah air setengah gelas/ lebih kurang secawan. Senang cerita, gunakan air suam secawan tu untuk bancuh gula bagi larut dan barulah campur dengan telur dan susu+vanila.

sms: Okey, Selamat Berpuasa.

15 Julai 2013

Donut Kecik

Hehehehe...

Ummi dapat mixer cute, abi beli kat Econsave. Ummi cakap nak buat Cheesy Layer.
Mixer Pensonic Rm41.90
Pergi kedai jual barang kek. Beli acuan donat, rupanya ada banyak saiz acuan donut ni, beli yang kecik. Barang-barang nak buat Cheesy Layer dah beli, check balik,umm.. tertinggal biskut marrie. Mood pun tak de lagi untuk buat Cheesy Layer, takut tak jadi..

Lepas balik berbuka rumah En.Azani sekeluarga, ummi terus buka mixer baru. Semangat ni, nak buat donut cheese berperisa kiwi. Tukar plan last-last minute sebab biskut marrie lupa nak beli. Abang pun dah lama request donut. Semua barang-barang get ready atas meja, anak-anak pun teruja sama nak buat donut, adik pegang mixer, abang  taruk tepung. Lepas adunan cantik, tunggu adunan kembang..jam dah kul 11 malam, adunan tak kembang lagi, anak-anak dah mengantuk. 

"Ummi, nak asik."
"Kan abang dah makan banyak tadi."
"Em, perut abang dah esar."

Abang tunjuk perut dia sambil senyum. Selang 3 minit..

"Ummi, nak asik."
"Okey, adik dah tidur, jom kita pergi goreng donut."




Ummi goreng dalam 10 biji. Kejap je habis bila makan panas-panas. Lepas sahur ummi goreng lagi untuk abang dan adik. Cheese berperisa kiwi tak tahu kat mana..huhuhu. Okey la, motivasi diri. Cita-cita nak buat dah ada, barang-barang pun dah ada. Donut pun dah ada rupa dan rasa donut untuk kedua kali buat donut sendiri.Tunggu kesempatan, ummi nak buat donut ala-ala Big Apple versi kecik.

Ambil gambar guna Handset NineTech
Ambil gambar guna Galaxy Y
sms: Nanti nak ikut resepi ni pula- Cheesy Cheese Doughnut


11 Julai 2013

Review Meal Shakes

Hari ini dah masuk hari ke10, adik dan abang minum susu campur dengan 1 sudu kecil tepung Meal Shakes setiap hari,  perubahan. setakat ini adik dah tak sembelit, cuma dia masih takut-takut nak buang. Dah tak selsema, selera makan macam tak ketara sangat perubahan. Abang masih sama, time dia nak makan, dia makan. Rasanya kena tingkatkan dos, 2 kali sehari. 


Malam tadi try goreng sayur brokoli. Time berbuka puasa puas pujuk adik makan sayur dengan nasi, tengah malam adik ajak ummi pergi dapur cari makanan. Bagi brokoli, makan dengan muka riang ria.




Malam tadi cuba susu Dumex Dugro, sebab tengok kandungan zat besi dia paling rendah berbanding susu-susu formula yang lain. Abi beli sampai 3 pek untuk stok, lagi pun abang dan adik kongsi susu sama. Tengok abang cam kurang berselera dengan susu ni. Emm, patut dia teruskan dengan susu Lactogen ke?
Walaupun ada yang menyatakan sedemikian;

" Berbagai merk yang beredar dipasaran menawarkan berbagai kelebihan, disinilah peran orangtua harus berhati-hati. Tidak masalah susu formula macam mana yang dipilih, selama dapat memastikan makanan penganti ASI yang ada memiliki kaya kandungan zat besi.

Zat besi di dalam susu formula tidak menyebabkan sembelit, akan tetapi terlalu  sedikit zat besi di dalam makanan bisa menyebabkan anemia, juga masalah-masalah belajar yang parmanen. Makanan pengganti yang ada terkadang memberikan keuntungan tersendiri pada keadaan tertentu." - Sumber

Tapi aku tetap cuba susu yang kandungan zat besi rendah, tak yakin dengan formula dia bagi tu.

sms : Kita belajar dari pengalaman.

10 Julai 2013

Impian Aku

Orang kata, dalam hidup kita mesti ada impian, barulah hidup kita bermakna. Hari ni aku nak bercerita impian aku yang dalam bentuk kebendaan

Impian  aku  yang utama mesti la nak kediaman yang selamat dan selesa atau dalam kata lain ada rumah sendiri yang ada halaman rumah yang boleh muat sekurang-kurang 2 buah kanopi, senang untuk kenduri. rumah bersaiz sederhana besar, bilik mesti la minimum 3 bilik.

Apa yang paling penting dalam sebuah rumah bagi kebanyakan perempuan adalah, dapur yang memenuhi citarasa. Kabinet dapur x leh terlalu tinggi, nanti susah nak masak, lengoh tangan tau kalau kena angkat tangan tinggi dan kalau basuh pinggan, mesti akan basah sebabnya bila tinggi, air akan mengalir ke siku. Tapi jangan terlalu rendah pula hingga terpaksa membongkok. Warna, mesti la warna putih ye.


Impian seterusnya, dalam 2 tahun lagi aku berhasrat untuk memiliki sebuah kereta keluaran nissan, setakat ini rasanya ALMERA je dalam kepala, sebab terpengaruh dengan iklan dalam tv. Spot rim dalam picture ni tak cantik, kena tukar ni. Seat kat dalam mesti la warna krim, kulit/pvc. Rasa mewah je kalau warna krim.





Seterusnya, dalam tahun ini, akan aku usahakan sebuah laptop jenama DELL. Nama je kerja sebagai programmer, laptop pun x de kat rumah. Kalau diberi pilihan colour, aku nak warna putih. Laptop tu mesti la berserta begpack/beg laptop warna hitam. senang nak sumbat barang-barang lain.



Beg design cam tu la aku nak.. gambar sebelah kiri tau, bukan sebelah kanan tu. 

sms: Apa yang kita perlukan dan apa yang kita mahukan adalah 2 perkara yang berbeza. Apa yang penting .. Usaha, doa, tawakal.

9 Julai 2013

Adik dan Meal Shakes

Adik..sembelit..selsema..kurang selera makan.

Tiap kali balik kampung mesti ayah tanya..
"Selsema Qaisara tak baik lagi ke?"

 Air dah minum, sayur dan buah dah makan, tapi tak banyak la, at least dia dah makan kan? Tapi sembelit juga.

"Tok ma nak juga tengok cucu tokma berisi sikit. Beli la susu elok sikit."

Tapi kan, aku tengok kandungan zat besi kat susu mahal ni tinggi berbanding dengan susu yang Qaisara dan Bukhari minum sekarang (susu murah je.. Lactogen). Kalau bagi susu yang kandungan zat besi tinggi lagi la sembelit.

Tengah my mum membebel pasal pemakanan budak-budak ni, tertengok iklan bergambar ni kat FB. Cepat-cepat cari pengedar yang jual Meal Shakes. Sebelum ini dah tengok, tapi cam tak tertarik sebab iklan tak bergambar dan harga lebih seratus ringgit. Aku ni mudah tertarik dengan iklan bergambar, lebih-lebih lagi gambar kartun comel. Alhamdulillah, dapat dengan harga promosi.




Sekarang, tak sampai seminggu Qaisara dan Bukhari minum  +dalam susu botol. Perubahan setakat ni, budak-budak tu suka minum susu. Tapi aku tak ikut sangat la kehendak diarang, nanti kan muntah susu pula. Selera makan abang cam biasa je, time dia nak, makan la. Time dia tak nak, tak makan. Adik pula tengok cam dah berselera sikit, tapi tak tahu la kot time tu aku masak ikut selera dia. 2,3 hari ini adik dah tak selsema walaupun rumah dan kereta berhabuk.

2 hari lepas, adik masih lagi cam susuh nak berak, terpaksa sumbat dan bagi minum ubat bagi senang nak berak. Menurut pembacaan aku, ada juga yang budak kecik ini akan takut untuk teran/ keluarkan najis dia selepas luka. Bila dah lama dalam usus, lagi la susah untuk keluar. Kena buat latihan, buat pergerakan kaki cam kayuh basikal, dan berendam dengan air suam-suam kuku. Berendam tu tak buat lagi, tunggu luka kat kaki adik kering. Altenatif lain, aku akan cari susu yang kandungan zat besi rendah berbanding susu Lactogen.


sms: Walau macamana berkesan pun meal shakes tu, ummi akan cari jalan supaya rumah dan kereta kurang berhabuk. (Berfikir sejenak, apa kaitan meal shakes dengan habuk)

8 Julai 2013

Aktiviti Abang


Abang suka sangat mewarna buku a,b,c.. dan pakai spek hitam. Ummi dah janji, kalau abang dengar cakap ummi, ummi akan beli spek hitam baru.

Habis dicontengnya buku, dinding pun bercorak-corak hasil tulisan tangan abang.




Gaya abang dengan berlatar belakangkan dinding corak 1 garis halus
 "Ummi, aler la nga abang."
" U..Abang nk uwat ini la ummi."


Ummi beli spek tu murah je, tapi abang hargai sangat pemberian ummi. Sebelum tidur mesti letak tepi tilam, nanti bangun mesti senang nak cari. Ummi beli sorang satu, takut berebut dengan adik, tapi adik tak suka pun dengan spek hitam. Puas abang pujuk adik pakai spek hitam.
Abang dah kenal huruf dan nombor. Mengeja tak boleh lagi. Kalau buka buku Qira Ati, dia nak baca sendiri. Ummi tak leh ajar.

SMS : Abang tak pernah mengamok nak sesuatu, kecuali kuih donut sebelum masuk taska. Spek tu seringgit satu, buku a,b,c..  RM2.


Kaki Adik Luka

Adik..

"Akit...Akit...Akit"

Saat kaki adik dijahit oleh doktor, ummi tak sanggup nak tengok.
Maafkan ummi adik, kalau lah diberi kuasa untuk tukar kesakitan kepada ummi..

Tangan kanan abang lap air mata adik yang meraung , sebelah lagi tangan abang peluk beg duit, kunci dan hanset ummi. Badan adik dibalut doktor supaya adik tak meronta.

Sesampai je kat rumah

Pagi esoknya
Petang esoknya
SMS : Ummi mengaku silap ummi, tapi bila orang kata memang silap ummi, kenapa ummi tak leh terima kata-kata orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...