Pages

15 Julai 2013

Donut Kecik

Hehehehe...

Ummi dapat mixer cute, abi beli kat Econsave. Ummi cakap nak buat Cheesy Layer.
Mixer Pensonic Rm41.90
Pergi kedai jual barang kek. Beli acuan donat, rupanya ada banyak saiz acuan donut ni, beli yang kecik. Barang-barang nak buat Cheesy Layer dah beli, check balik,umm.. tertinggal biskut marrie. Mood pun tak de lagi untuk buat Cheesy Layer, takut tak jadi..

Lepas balik berbuka rumah En.Azani sekeluarga, ummi terus buka mixer baru. Semangat ni, nak buat donut cheese berperisa kiwi. Tukar plan last-last minute sebab biskut marrie lupa nak beli. Abang pun dah lama request donut. Semua barang-barang get ready atas meja, anak-anak pun teruja sama nak buat donut, adik pegang mixer, abang  taruk tepung. Lepas adunan cantik, tunggu adunan kembang..jam dah kul 11 malam, adunan tak kembang lagi, anak-anak dah mengantuk. 

"Ummi, nak asik."
"Kan abang dah makan banyak tadi."
"Em, perut abang dah esar."

Abang tunjuk perut dia sambil senyum. Selang 3 minit..

"Ummi, nak asik."
"Okey, adik dah tidur, jom kita pergi goreng donut."




Ummi goreng dalam 10 biji. Kejap je habis bila makan panas-panas. Lepas sahur ummi goreng lagi untuk abang dan adik. Cheese berperisa kiwi tak tahu kat mana..huhuhu. Okey la, motivasi diri. Cita-cita nak buat dah ada, barang-barang pun dah ada. Donut pun dah ada rupa dan rasa donut untuk kedua kali buat donut sendiri.Tunggu kesempatan, ummi nak buat donut ala-ala Big Apple versi kecik.

Ambil gambar guna Handset NineTech
Ambil gambar guna Galaxy Y
sms: Nanti nak ikut resepi ni pula- Cheesy Cheese Doughnut


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...