Pages

10 Julai 2013

Impian Aku

Orang kata, dalam hidup kita mesti ada impian, barulah hidup kita bermakna. Hari ni aku nak bercerita impian aku yang dalam bentuk kebendaan

Impian  aku  yang utama mesti la nak kediaman yang selamat dan selesa atau dalam kata lain ada rumah sendiri yang ada halaman rumah yang boleh muat sekurang-kurang 2 buah kanopi, senang untuk kenduri. rumah bersaiz sederhana besar, bilik mesti la minimum 3 bilik.

Apa yang paling penting dalam sebuah rumah bagi kebanyakan perempuan adalah, dapur yang memenuhi citarasa. Kabinet dapur x leh terlalu tinggi, nanti susah nak masak, lengoh tangan tau kalau kena angkat tangan tinggi dan kalau basuh pinggan, mesti akan basah sebabnya bila tinggi, air akan mengalir ke siku. Tapi jangan terlalu rendah pula hingga terpaksa membongkok. Warna, mesti la warna putih ye.


Impian seterusnya, dalam 2 tahun lagi aku berhasrat untuk memiliki sebuah kereta keluaran nissan, setakat ini rasanya ALMERA je dalam kepala, sebab terpengaruh dengan iklan dalam tv. Spot rim dalam picture ni tak cantik, kena tukar ni. Seat kat dalam mesti la warna krim, kulit/pvc. Rasa mewah je kalau warna krim.





Seterusnya, dalam tahun ini, akan aku usahakan sebuah laptop jenama DELL. Nama je kerja sebagai programmer, laptop pun x de kat rumah. Kalau diberi pilihan colour, aku nak warna putih. Laptop tu mesti la berserta begpack/beg laptop warna hitam. senang nak sumbat barang-barang lain.



Beg design cam tu la aku nak.. gambar sebelah kiri tau, bukan sebelah kanan tu. 

sms: Apa yang kita perlukan dan apa yang kita mahukan adalah 2 perkara yang berbeza. Apa yang penting .. Usaha, doa, tawakal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...