Pages

29 Julai 2013

Langkah-langkah masak Puding Karamel

Puding karamel atau puding gula hangus..sama je kan. Puding ni banyak versi, ada yang tak pakai telur, ada yang guna susu cair, ada yang guna susu pekat , susu segar , tepung kastad.. ish macam. Boleh je search resepi nak yang versi cam mana. Biasa aku pakai resepi ni:

Resepi Puding Karamel

Masak puding karamel ni x lah leceh, cuma leceh sikit bab masak karamel. Ni nak tunjuk cara aku tersendiri bila masak karamel

1.Masak gula dalam loyang terus, guna api sederhana, guna pengepit besi untuk kepit loyang dan kacau. Pastikan anak-anak kecik tiada berhampiran. Risau terpelanting loyang dengan gula panas.


2. Bila dah menggelegak cam ni, kecikkan api.


 3. Bila dah cair kekuningan, boleh lah matikan api. Loyang tu masih panas, gula tu akan masak sendri dan akan kuning keemasan. Jika nampak cam nak terhangit, cepat-cepat percitkan air untuk hentikan proses pemanasan. Biarkan karamel sejuk dan keras dalam loyang.


Bila dah siap karamel, boleh la sediakan bahan-bahan lain.
Jangan lupa tapis 

Jangan lupa tutup periuk pengukus tu
Susu sejat Ideal & F&N

Daripada pengalaman, susu sejat ideal lebih pekat daripada susu sejat F&N.
Kalau ikut resepi ni, dan guna susu sejat Ideal ..kalau nak puding lembut sikit, tambah air setengah gelas/ lebih kurang secawan. Senang cerita, gunakan air suam secawan tu untuk bancuh gula bagi larut dan barulah campur dengan telur dan susu+vanila.

sms: Okey, Selamat Berpuasa.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...