Pages

11 Julai 2013

Review Meal Shakes

Hari ini dah masuk hari ke10, adik dan abang minum susu campur dengan 1 sudu kecil tepung Meal Shakes setiap hari,  perubahan. setakat ini adik dah tak sembelit, cuma dia masih takut-takut nak buang. Dah tak selsema, selera makan macam tak ketara sangat perubahan. Abang masih sama, time dia nak makan, dia makan. Rasanya kena tingkatkan dos, 2 kali sehari. 


Malam tadi try goreng sayur brokoli. Time berbuka puasa puas pujuk adik makan sayur dengan nasi, tengah malam adik ajak ummi pergi dapur cari makanan. Bagi brokoli, makan dengan muka riang ria.




Malam tadi cuba susu Dumex Dugro, sebab tengok kandungan zat besi dia paling rendah berbanding susu-susu formula yang lain. Abi beli sampai 3 pek untuk stok, lagi pun abang dan adik kongsi susu sama. Tengok abang cam kurang berselera dengan susu ni. Emm, patut dia teruskan dengan susu Lactogen ke?
Walaupun ada yang menyatakan sedemikian;

" Berbagai merk yang beredar dipasaran menawarkan berbagai kelebihan, disinilah peran orangtua harus berhati-hati. Tidak masalah susu formula macam mana yang dipilih, selama dapat memastikan makanan penganti ASI yang ada memiliki kaya kandungan zat besi.

Zat besi di dalam susu formula tidak menyebabkan sembelit, akan tetapi terlalu  sedikit zat besi di dalam makanan bisa menyebabkan anemia, juga masalah-masalah belajar yang parmanen. Makanan pengganti yang ada terkadang memberikan keuntungan tersendiri pada keadaan tertentu." - Sumber

Tapi aku tetap cuba susu yang kandungan zat besi rendah, tak yakin dengan formula dia bagi tu.

sms : Kita belajar dari pengalaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...