Pages

19 Ogos 2013

Kembali ke Taska

Setelah lama bercuti raya, tiba masa adik dan abang kena hantar taska. Tiap kali bangun tidur mesti abang tanya,
"Kita nak pergi ane abi?"

Dan pagi ini soalan yang sama, tapi jawapan abi ,
"Sekolah."
"Abang anak agi sekolah, abi."
Pastu mula meraung-raung.
Paksa mandi , dan gosok gigi sebelum pergi sekolah. Asal kena air kat badan je, supaya rasa segar sikit.

Sampai simpang ke taska,
"Abang anak agi sekolah!"

Sesi pancing,
"Abang, ada karipap la, abang nak karipap tak?"
"Nak."
"Abang kena pergi sekolah, abi dah nak pergi kerja, ummi pun kerja. Kalau abang tak nak pergi sekolah, abang nak duk dengan siapa kat rumah?"
"Abang tak au.." sedih je jawapan dia.

Lepas salam dengan ummi dan abi, abang masuk ke taska tanpa senyuman. Adik ceria-ceria je, letak je terus cari kawan.

Bermula la rutin biasa abang dan adik ke taska.

sms: Abi dan ummi doakan abang belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleh. Abang cakap abang nak beli kereta untuk abi dan ummi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...