Pages

30 Oktober 2013

Suatu Penantian

Penantian Bukhari untuk menyaksikan air lampu akhirnya tercapai.

Kusyuk betul abang dan adik
Motivasi hidup:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)

Bekas Kaca

Di bulan kegawatan ni sempat lagi beli barang seperti ini,


Sebenarnya dah lama nak beli bekas kaca macam ni untuk hidang puding karamel. Bila dah beli baru terfikir semula, sesuai ke letak puding karamel..selain puding karamel boleh letak apa lagi?

Di kertas yang ditampal tu tahan bekas kaca ni tahan untuk suhu 300 darjah cel. Betul ke? tak berani nak cuba, lagi pun x de perancangan untuk buat masak pun. 

22 Oktober 2013

K.i.t.a Raya Haji 2013

Raya Haji pastinya balik, mana mungkin tak balik makan daging. Rindu dengan orang-orang kampung juga. Walaupun tak korban, makan daging tetap kemestian sehingga bengkak gusi.


Malam raya kita dihidangkan dengan Kutuk Serati, Solok Petola Ular.

In the making of Kutuk Serati
Solok Petola Ular

Hari raya, mak mertua masak Nasi Dagang Kelate, Tupat Daun Palas (favorite adik). Petang makan nasi rumah kakak biras, lauk masih panas-panas, sungguh mengelerakan. Tambah nasi dengan perasaan tanpa malu-malu lagi. rugi kalau tak tambah.

Raya ke-2 balik kampung Tumpat, abang dan abi pergi tengok orang sembelih lembu.

Malam raya ketiga, Cik Ja masak Pasta Bolegnese, ma buat Rojak Sayur Campur. Marvelouslah, tapi tak leh makan banyak, gusi dah bengkak. Simpan pagi esok sambung makan semula. Adik dan abang memang suka pasta.

Orang Perak ni


Rojak Sayur
Salah eja nama
sms : Makanan-makanan ni semua yang buat kita teringin nak balik kampung sokmo.

Selamat Hari Lahir Qaisara

Hari ini genap usia adik 2 tahun. Bila pandang adik masa adik tidur, nampak adik tinggi..emm..dah besar anak umi dan abi ni. Perasaan ni, rasa nak guna masa yang ada sepanjang hidup ini sebaik mungkin, nak buat adik dan abang gembira.

Salah satunya, buat sambutan Hari Lahir adik..tapi kat taska aje, nak buat kat rumah rasa di luar kemampuan dari segi fizikal, mental dan kewangan.

Goodies beg buat sendiri rasa lebih bermakna sebabnya ada nama adik kat kertas bungkus wafer tu. Walaupun barang kat dalam tak seberapa.


Kek? Cikgu Qaisara tanya, ada kek tak esok? teragak-agak nak jawab, takut kek tak jadi kek. Dengan tekad yang kuat, berusaha juga buat kek coklat yang dah lama tak buat, dan akhirnya.....

Kek kali ini mendap,tak tahu mana silapnya..terkurang soda bikarbonat ke, terkurang baiking powder ke, sebab tukar tepung ke..biasa guna tepung naik sendiri, kacau tak kena ke?

Buat 1 kek, tapi atas permintaan abang untuk buatkan kek hari jadi untuk dia, jadilah 2 biji kek, yang 1 lagi tak de bekas, terpaksa dok dalam loyang. Pada mulanya nak tabur manik bintang, buat nama. Lambat kerja la pulak, akhirnya terus tabur je.



Dalam kotak ni ada 2 biji kek,1 lagi dalam loyang bawah kek ni.
Janji boleh potong, excited adik dan abang ada kek hari jadi..kejap-kejap si abang tanya mana kek. Adik nyanyi-nyanyi dalam kereta Lagu Selamat Hari Jadi.

Lilin bagi 6 batang, 2 batang untuk adik dan 4 batang untuk abang..lupa nak pesan kat cikgu abang nak sambut birthday dia sekali. Cangkung Happy Birthday untuk pacak atas kek beli 1 aje.

"Mi, ane kak,ane kak?"

Berfikir sejenak, apakah kak yang dimaksudkan.

"Kek ke?"

"Ha'a Kek."

Melompat-lompat abang keriangan bila umi tunjuk kek atas dapur. Letak bawah asyik nak tengok, risau minta potong, kan tak de kek pula kat taska nanti.


"Mi, ni aye handsome."



Sebab ada kek punya pasal, pagi tu senang nak bersiap pergi sekolah, siap sempat bergambar lagi.


Kredit gambar cikgu taska

Umi lupa nak bagi pisau potong kek =)

8 Oktober 2013

Peti Ais 1 Pintu

Dulu sorangg, rasa tak puas hati sebab hubby tak belikan peti ais besar cam orang lain. Kononnya nak letak stok susu perahan (IBM). Rasa cam hubby tak beri sokongan untuk bagi anak full BF. Padahal, kenyataan, stok susu bukan banyak pun, peti ais kecil tu banyak lagi space.

Peti ais 1 pintu jenama Singer tu dah jarang orang pakai zaman sekarang, tapi keadaan peti ais tu masih elok, masih sejuk cuma dia ada froz yang kena buang bila dah menggunung, tidak macam peti ais zaman sekang. Pintu bahagian sejuk beku dah tertanggal, setiap kali nak tutup atau buka pintu peti ais tu kena hati-hati. Kalau tak, pintu kecik tu jatuh atas kaki. Sekarang dah 4 tahun guna, still elok lagi, tak tahu la tuan dia guna sebelum ni dah berapa tahun.

Dah lama guna rasa sayang pula peti ais tu, rasa comel..walaupun dah nampak kulit dia dah menggelupas dan berkarat. Risau juga nantikan ada yang kena renjatan letrik bila tersentuht badan dia yang berkarat tu.

Rasa dah lama tak buang habuk kat atas peti ais, lepas buka alas dia, tengok makin berkarat..mungkin sebab letak alas tu tak letak kertas.

salin alas peti ais yang dah berkarat
Dekat tepi pintu pun dah berkarat, ingat dulu masa zaman budak-budak dulu, selalu kena letrik bila tersentuh tepi pintu peti ais bila tangan basah. Masa tu ma cari altenatif dengan cat pintu peti ais. Cat ok, bukan spray. Kelakar rasa tengok pintu peti ais yang dicat. Altenatif aku pulak letak stiker yang orang letak dekat dinding tempat masak. Cantik tak?


Dalam masih elok, tengok bunga-bunga kecil kat ruangan bahan mentah, comel kan. Rak besi dia pun cantik lagi, ada lagi tak peti ais sekarang yang keluarkan rak besi cam ni.
Selalu je tengok ruangan sejuk beku tu kosong, jarang buat ais sebab jaga kesihatan, anak-anak pun selalu batuk. Stok bahan mentah cam ayam, ikan beli sikit-sikit, jadi banyak lagi ruang.

Klik di sini untuk ke blog tersebut

Tengah baca-baca blog orang lain, terbaca pasal tip frozen lauk. Rasa idea yang baik untuk menfaatkan apa yang ada. Rasa bersemangat nak masak dan simpan makanan cam gambar di atas, walaupun ruang sejuk beku tak seperti di atas. Tengok bekas-bekas plastik kecil tersusun rasa teruja sangat. Nantikan bila dah praktikan, hubby nak beli peti ais besar pun dia rasa berbaloi.

3 Oktober 2013

Adik Demam

Assalamualaikum tok ma dan tok ayah...Cik Su, Teh, Mak Anjang dan Ayah Cik juga.

Tok ma, telekung yang tok ma jahit tu dah putus tali kat kepala, ni guna tudung tokma yang tok ma tinggal. Kain dia melekat, sedap adik pakai tak mudah jatuh ke depan bila adik sujud.

Adik dah 2 kali jumpa orang utan ni tok ma, adik tak takut pun, adik nak bergambar dengan dia. Adik pujuk orang utan ni bergambar, tapi dia diam je.





Adik minta ummi letak adik atas bangku, dekat dengan orang utan ni.




Tangan dia panjang, boleh peluk adik.




Adik ajar orang utan ni buat piece. Tapi jari dia melekat, tak boleh buat macam adik buat.









Mesti tok ma terkejutkan, sebab rambut adik dah pendek, jadi nampak kurus la sikit. Abi potong rambut adik, sebab ummi cakap rambut adik dah masuk mata, serabut tengok. Tapi adik tetap nampak comelkan tok ma?

Bila adik demam, adik tak upaya nak bangun solat, adik baring sambil tengok video ni. Adik boleh ikut yang hujung je..ajim.. Mendayu-dayu suara adik dengan volume video ni adik pasang paling tinggi.


Diam-diam, BUBU dah nak tidur ni

Kata-kata Hikmah:
Ketahuilah, bahawa kesulitan itu dapat membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mengawal nafsu, meningkatkan hamba kepada Tuhannya, dan dapat menambah pahala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...