Pages

27 Disember 2013

Kita ke Zoo Negara

25 Disember, Cuti Krimas - percutian bersama family besar kita diteruskan dengan melawat Zoo Negara.





Dari pengalaman hari pergi tu, rasanya tak perlu naik kereta bateri ni sebab dia akan berhenti station dia sahaja. Kalau ada anak-anak kecil cam kita ni, stroller dan kipas kecil amat diperlukan. Handbeg atau paperbeg juga perlu ditukar kepada beg galas belakang untuk memudahkan pergerakan bila anak mengamok nak beli makanan kat dalam kawasan zoo tersebut yang mahal gila-gila serta tidak sedap langsung.

Rasanya lagi best kalau bawa bihun goreng atau sandwich buat bekal makan kat meja batu bila penat berjalan kaki.

Kawasan memang luas, tak habis kami pusing.


Bila tengok kancil - "mi, ade aman dahulu la."
Jalan ke depan sikit tengok ada gambar rancangan kegemaran mereka, baru je abang sebut.
Terus abang menyanyi .. " Ada aman da ulu !!"



Kura-kura gergasi




Balik awal, kaki dah lenguh.

Muzium Pahlawan Port Dickson

Selepas 2 malam menginap di kondo TNB Port Dickson, pukul 10 pagi kami dah check-out. Hujan rintik-rintik, perancangan untuk ke Melaka untuk tengok Kota A Farmosa ditukar ke Muziam Pahlawan Port Dickson yang mana jaraknya tidak jauh dari tempat penginapan dan juga laluan untuk kami balik ke Puncak Alam. Jadi, alang-alang lalu, dan alang-alang dekat jadi kami tidak lepaskan peluang untuk singgah di muzium tersebut.

Memang tempat tersebut tidak menghampakan kami, perlbagai barang tentera dipamerkan di situ sampaikan lenguh kaki berlalan .



Kusyuk betul Qaisara dan ayah



Apa yang tak kena dengan kete ni?




Adik nak cuba bawa.





Paling suka tapak perkhemahan tentera darat ni, dapat duduk rehat atas kerusi buluh sambil feeling-feeling zaman muda-muda pergi berkhemah dengan rakan-rakan seperjuagan. Makan ikan sardin, nasi panas-panas. Malam buat unggun api, sambil dengar cengkerik menyanyi.


Baru nak feeling sorang-sorang adik dah sampai. Baru tersedar dari lamunan yang aku dah ada anak 2, ingat budak sekolah lagi.

Pukul 12 tengahari kami meneruskan perjalanan balik Puncak Alam.

Kata-kata Hikmah :
“Jika aku mengingati masa lalu, maka ingatlah masa laluku yang indah agar aku lebih bahagia. Jika aku mengingati hari ini, maka ingatlah apa yang telah aku hasilkan, pasti aku akan merasa bahagia. Dan jika aku mengingati hari esok, maka ingatlah mimpi-mimpi aku yang indah agar aku optimis.”

Kondo TNB Port Dickson

Pagi-pagi lagi dah bunyi bising kanak-kanak mandi manda. Abang dan adik excited, dengan pelampung baru diarong, heret keluar masuk dari 1 bilik ke bilik lain, diarang tak tahu kolam kat mana tu. Nak tergelak tengok anak-anak teruja sangat.







Tengahri baru naik,semua  tidur tengahari sementara tunggu ayah, ma dan adik-adik sampai.

Makan tengahari, cuba cari masakan orang negori dekat-dekat situ, jumpa masak lemak daging salai. Memang sedap sangat, dan aktiviti selepas tu biasa lah untuk anak-anak dara bergambar, anak-anak teruna mandi kolam. Ma ayah tengok permandangan sekitar situ je.

Tumpang sekaki bergambar dengan anak-anak dara.

Abang tak sabar nak tunjuk kolam kat ayah cik

Kaum lelaki termasuk ayah dan abang main bola pantai 

Bergambar kenangan

Si kaki panjang & Si maritim

Selamat malam semua

Percutian ke Port Dickson

22 Disember 2013-Ahad, bermulalah percutian ke Port Dickson, ni baru first time pergi bercuti tidur hotel dengan family, teruja sangat. Bajet pun ciput jer, nasib baik lah penginapan 3 hari 2 malam ditaja. (em..ditaja ke?) -tiru ayat En Mazli  .


Sampai pukul 3 tepat depan pintu Kondominium TNB Peranginan Port Dickson, tapi tak leh masuk lagi kerana ada masalah tak dapat dielak, nama juga ditaja.Kalau berbayar, maunya hubby mengamuk kat situ. Hehehe, gurau je hubby, jangan marah.

Ayat di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup dan yang meningal. Kalau nak percaya pun boleh juga.

Okey lah, berbalik kepada cerita. Jadi kami pergi lah ronda-ronda sekitar Port Dickson sementara boleh masuk kondo yang dinyatakan.

Masuk Ostrich Farm, tengok burung unta dan ada juga binatang-binatang lain. Kesian tengok burung-burung unta kat situ cam sakit, unta pun ada, nampak seekor je dan juga reflika dinosour.





Apa yang kami lihat?







Kawasan dia macam suasana kampung, ada arnab tok ayah, biri-biri tok abah- kata abang. Ada juga tanaman-tanaman kampung macam pohon cili.

Tiket untuk seorang dewasa : RM13.00
Tiket untuk seorang kanak-kanak : RM10 ke RM 8? Lupa sebab adik ipar bayar

Lepas itu, kami pergi pantai dekat-dekat situ, lupa nama pantai tu, tapi air dia okey la, sesuai untuk kanak-kanak mandi manda, adik dan abang suka sangat. Masa yang ada kami cuba rasa satay negeri sembilan pula, daging dia lembut, kuah dia memang citarasa orang nogori, pedas.
Hampir pukul 8.00 mlam baru la kami dapat check-in.


Sebelah malam kami keluar pergi beli baju abang dan adik untuk mandi kolam. Nasib baik dekat situ ada UP-town, SAKAN. Pakai tulis je up-town, sebab kami keluar dah lewat, tapi kedai-kedai masih beroperasi. Dekat situ boleh la nak beli cendera mata, tapi kami tak sempat beli pun cendera mata, abang buat perangai nak beli mainan, tak pernah-pernah sebelum ni buat perangai macam tu. Adik pula tak dok diam, suka merayap sorang-sorang. Dekat-dekat situ juga banyak kedai-kedai makan yang pelbagai pilihan, jadi untuk citarasa kami orang pantai timur, kami pilih kedai TOMYAM. Pastinya kedai tersebut, tukang masak orang Thailand bila tengok dari segi percakapan dan pemakaian dia. Balik lewat malam, rasa penat sangat, terus tidur. Anak-anak tak sabar nak mandi kolom pagi esok.

16 Disember 2013

Selamat Hari Lahir Bukhari 4tahun

Birthday abang kali ini sempat sambut kat taska, kali ini beli je kek kecil 2 biji.




Tak sempat buat goodes beg cantik-cantik, minta tolong abi lekatkan kertas bungkusan dengan gam je. Apa pun, abang tetap gembira.

Umi dan Abi doakan Ahmad Bukhari bin Mohd Shazni jadi anak yang soleh.

Kata-kata Hikmah:
Anak lebih berharga daripada kekayaan, akhaq lebih agung daripada kedudukan, semangat lebih tinggi daripada pengalaman, sedangkan taqwa lebih mulia daripada kemuliaan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...