Pages

27 Disember 2013

Muzium Pahlawan Port Dickson

Selepas 2 malam menginap di kondo TNB Port Dickson, pukul 10 pagi kami dah check-out. Hujan rintik-rintik, perancangan untuk ke Melaka untuk tengok Kota A Farmosa ditukar ke Muziam Pahlawan Port Dickson yang mana jaraknya tidak jauh dari tempat penginapan dan juga laluan untuk kami balik ke Puncak Alam. Jadi, alang-alang lalu, dan alang-alang dekat jadi kami tidak lepaskan peluang untuk singgah di muzium tersebut.

Memang tempat tersebut tidak menghampakan kami, perlbagai barang tentera dipamerkan di situ sampaikan lenguh kaki berlalan .



Kusyuk betul Qaisara dan ayah



Apa yang tak kena dengan kete ni?




Adik nak cuba bawa.





Paling suka tapak perkhemahan tentera darat ni, dapat duduk rehat atas kerusi buluh sambil feeling-feeling zaman muda-muda pergi berkhemah dengan rakan-rakan seperjuagan. Makan ikan sardin, nasi panas-panas. Malam buat unggun api, sambil dengar cengkerik menyanyi.


Baru nak feeling sorang-sorang adik dah sampai. Baru tersedar dari lamunan yang aku dah ada anak 2, ingat budak sekolah lagi.

Pukul 12 tengahari kami meneruskan perjalanan balik Puncak Alam.

Kata-kata Hikmah :
“Jika aku mengingati masa lalu, maka ingatlah masa laluku yang indah agar aku lebih bahagia. Jika aku mengingati hari ini, maka ingatlah apa yang telah aku hasilkan, pasti aku akan merasa bahagia. Dan jika aku mengingati hari esok, maka ingatlah mimpi-mimpi aku yang indah agar aku optimis.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...