Pages

27 Disember 2013

Percutian ke Port Dickson

22 Disember 2013-Ahad, bermulalah percutian ke Port Dickson, ni baru first time pergi bercuti tidur hotel dengan family, teruja sangat. Bajet pun ciput jer, nasib baik lah penginapan 3 hari 2 malam ditaja. (em..ditaja ke?) -tiru ayat En Mazli  .


Sampai pukul 3 tepat depan pintu Kondominium TNB Peranginan Port Dickson, tapi tak leh masuk lagi kerana ada masalah tak dapat dielak, nama juga ditaja.Kalau berbayar, maunya hubby mengamuk kat situ. Hehehe, gurau je hubby, jangan marah.

Ayat di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup dan yang meningal. Kalau nak percaya pun boleh juga.

Okey lah, berbalik kepada cerita. Jadi kami pergi lah ronda-ronda sekitar Port Dickson sementara boleh masuk kondo yang dinyatakan.

Masuk Ostrich Farm, tengok burung unta dan ada juga binatang-binatang lain. Kesian tengok burung-burung unta kat situ cam sakit, unta pun ada, nampak seekor je dan juga reflika dinosour.





Apa yang kami lihat?







Kawasan dia macam suasana kampung, ada arnab tok ayah, biri-biri tok abah- kata abang. Ada juga tanaman-tanaman kampung macam pohon cili.

Tiket untuk seorang dewasa : RM13.00
Tiket untuk seorang kanak-kanak : RM10 ke RM 8? Lupa sebab adik ipar bayar

Lepas itu, kami pergi pantai dekat-dekat situ, lupa nama pantai tu, tapi air dia okey la, sesuai untuk kanak-kanak mandi manda, adik dan abang suka sangat. Masa yang ada kami cuba rasa satay negeri sembilan pula, daging dia lembut, kuah dia memang citarasa orang nogori, pedas.
Hampir pukul 8.00 mlam baru la kami dapat check-in.


Sebelah malam kami keluar pergi beli baju abang dan adik untuk mandi kolam. Nasib baik dekat situ ada UP-town, SAKAN. Pakai tulis je up-town, sebab kami keluar dah lewat, tapi kedai-kedai masih beroperasi. Dekat situ boleh la nak beli cendera mata, tapi kami tak sempat beli pun cendera mata, abang buat perangai nak beli mainan, tak pernah-pernah sebelum ni buat perangai macam tu. Adik pula tak dok diam, suka merayap sorang-sorang. Dekat-dekat situ juga banyak kedai-kedai makan yang pelbagai pilihan, jadi untuk citarasa kami orang pantai timur, kami pilih kedai TOMYAM. Pastinya kedai tersebut, tukang masak orang Thailand bila tengok dari segi percakapan dan pemakaian dia. Balik lewat malam, rasa penat sangat, terus tidur. Anak-anak tak sabar nak mandi kolom pagi esok.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...