Pages

25 Februari 2014

Abang & PASTI Ar-Raudhah bhg 2

Abang dah dapat buku teks, ummi yang excited lebih. Ummi tengok buku teks abang pun dah teruja nak belajar, apatah lagi abang sendiri. Ummi nak balut dengan plastik tebal macam buku teks ummi masa sekolah dulu. Buku teks 16 buah, Marilah Membaca Anakku 8 buah, Iqra lagi..


Banyaknya buku abang, ummi sekolah TASKA dulu tak de pun buku banyak cam ni, macam-macam subjek pula tu, syukur sangat abang suka belajar kat PASTI  dan dapat belajar dengan kawan-kawan abang yang dah kenal kat TASKA. Hari-hari bila pulang dari sekolah bercerita.


Setiap buku kena tulis nama..




"Abang, yang ni ummi tak pasti la, tunggu abi balik la tulis"
"Ha'a, ita unggu abi la ummi"
Buat malu je ummi ni, jawi pun tak tahu tulis. Bukan tak tahu, tak pasti..nantikan tersalahkan..buat malu je. 

Perancangan untuk cuba daftar abang masuk pra-sekolah rendah dan mula batalkan niat, sebab tengokkan abang suka sangat belajar di PASTI sekarang ni.  Rasanya ummi nak kekalkan abang kat PASTI tu juga tahun depan.


Hari ini ummi dah beli sepasang lagi baju sekolah abang. Dulu ummi ingatkan sepasang baju sekolah dah cukup untuk abang, tapi hakikatnya ummi selalu lupa nak jemur, bangun pagi baru teringat baju abang dalam mesin basuh lagi.


17 Februari 2014

Doa


Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita,
Kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan,
Kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa suami/isteri, doa ibu bapa kita,
Doa adik beradik kita,
Doa sahabat-sahabat kita.
Bukannya doa kita.

Kita ini banyak dosa. Terhijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya,
Lebih suci jiwanya yang makbul,
Menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita.
Sebab itu janganlah berlagak.
Jangan tinggi diri.
Jangan rasa doa kitalah yang makbul.
Pulangkan semuanya kepada Allah.
Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita.
Semoga Allah redha dengan kita. 

14 Februari 2014

Dari Manjung,Lumut,Setiawan ke Puncak Alam

Alkisah, dari kg singgah  Sri Manjung untuk balut seat kereta..harga RM380 sahaja, katanya boleh siap pasang dalam masa 2 jam kalau tak de customer lain la kot. Sebab yang ni ambil masa dalam 8 jam.



Pergi Lumut kejap cari ikan bilis Pangkor..




Selalu ke Manjung merentasi Kuala Selangor..tapi tak pernah singgah rasa Cendol Bakar di Kuala Selangor, abi pun tiap kali lalu jalan tu sokmo ajak rasa cendol bakar, tapi tengok kan kereta bersusun- rasa nak singgah pun berfikur panjang. Ye la perjalanan kita jauh lagi, takkan nak bazirkan masa berjam-jam semata2 nak rasa cendol bakar.

Bila baca blog Sham Farez ,baru kita tahu kat situ bukan cendol bakar sahaja dan kali ini, buat keputusan untuk singgah.

Abang memang suka otok2.klu beli 5 keping, cukup untuk dia seorang.


Suasana kat situ menarik, sebab tempat makan dibuat dengan buluh, kayu dan beratapkan daun nipah. Pelanggan pun semua jenis kaum ada, hirup cendol bakar sambil perhatikan orang, cina, india sama ramai dengan melayu, mungkin sebab Kuala Selangor ramai cina, dan mungkin juga sebab tengah raya cina lagi, jadi ajak kaum kekuarga rasa cendol bakar.

Adik pulak, orang datang sini nak rasa cendol bakar, dia mengamok nak air anggur. Ayo yo.. ingat kan meraung nak makan aiskrim goreng.



Kami tak order makanan lain sbab dah kenyang, makan kat Setiawan, singgah makan kat kedai Makan Nasi Ayam Klasik. Memang kedai Nasi Ayam Klasik, di Setiawan kita syorkan cuba, service dia ok, mesra pelangan dan cepat, makanan dia pun sedap.

K.i.t.a ke Medan Ikan Bakar Kedai Buluh

Cuti panjang balik kampung, rasa banyak perubahan sangat negeri ku yang tercinta, rasa banyak tempat nak pergi.

Kalau di Selangor ada Kuala Selangor dan Aroma Ikan Bakar, di Kelantan ada Kuala Besar dan Medan Ikan Bakar Kedai Buluh, dekat sangat dengan rumah kat kampung. Suasana cantik dengan lampu ict, tak perlu bersusah payah pergi i-city Shah Alam untuk tengok lampu warna-warni. Tapi pergi malam tu, kedai makan 1 je buka. abang long kata, malam Rabu biasa kedai makan tutup.
1 kedai je buka, tapi Alhamdulillah, tak menghampakan kami. Orang yang tak nak makan, sampai je lauk, rasa nak makan. Medan makan tu berlatar belakangkan sungai Kelantan, berdekatan dengan kuala.

Atas permintaan adik bongsu nak bergambar dengan semua kakak-kakaknya

Nak bergambar dengan lauk pun tak sempat sebab teruja sangat nak makan, harga pun berpatutan, memang boleh sangat bawa family besar makan kat situ.
untuk lebih maklumat dan gambaran boleh ke web http://www.cutikelantan.com/restaurant/medan-ikan-bakar-kedai-buloh/

SMS: Nanti nak try Sup Ikan kg Pulau Pisang pula.

Balik Kg 2014

First time balik kampung di tahun 2014. Kali ini, kita balik kampung ikut Grek. Perjalanan balik memang memenatkan, hanya orang yang jarang-jarang balik kampung sahaja yang tahu perasaan penat tu cam mana. Huhuhu.
Seperti biasa, suasana kampung amat-amat kita rindui, rasa sejuk je walaupun siang hari agak panas juga. Hehehe. Tapi balik kampung kali ini memang musim sejuk (cam duk negara 3musim aje), jangan banding musim sejuk kat negara orang, kira banding dengan musim sejuk kat negara kita aje la.

Letak gambar muka besar

Adik tak nak masuk rumah

Tengah cari abi

Sambil panggil abi..abi..
Ni waktu dekat nak magrib, puas pujuk balik.


Abi, abang dan tok abah tengok lembu tok Abah

Balik musim raya, ramai betul sepupu sepapat yang kahwin, duk kampung pergi Kuala Krai, Melor dan Tumpat, tu yang sempat pergi, ada lagi kawan lama kawin yang tinggal di Pengkalan Chepa dan kat kampung suami sendiri ada juga dapat jemputan, pergi yang mana sempat aje.

Pergi kenduri kahwin kawan lama, dapat makan kerabu sare..puas hati dapat makan dengan banyak sekali. Memang susah nak jumpa tempat lain, biasa kawasan Ketereh sahaja kot yang buat kerabu sare untuk kenduri kahwin, sesiapa yang tak pernah makan, boleh la try pergi kenduri kahwin kawasan Ketereh/ Melor atau boleh cari atas kedai Siti Khatijah.


10 Februari 2014

Birthday Hubby yang ke-30

Selamat Hari Lahir buat suami tersayang - Mohd Shazni Ismail, semoga panjang umur, kesihatan yang baik, berbahagian selamanya dan dimurahkan rezki. Amin.

Pedoman Hidup :

“Kebahagian seorang suami terletak pada kata-kata indah yang keluar dari bibir seorang isteri.”

Abang & PASTI Al-Raudah

Tahun baru, tanpa perancangan abang akan masuk PASTI pada usia 4 tahun sebulan. Kalau ikutkan tahun memang abang dah 5 tahun, tapi kalau ikut bulan dia:

1. Baru aje masuk 4 tahun, jadi tak de perancangan pun nak sekolahkan dia lagi.
2. Lagi pun basuh berak tak pandai lagi.
3. Cakap pun susah orang nak faham.
4. Fikirkan sapa pulak nak pergi ambil dan hantar ke taska/transit.

Tapi orang kata kalau nak ajar anak mudah cakap biar dia belajar a,ba, ta dulu untuk mudahkan sebutan dia. Selepas sesi persekolah bermula seminggu lebih, tengok ada budak baya Bukhari naik van sekolah dari TASKA untuk hantar ke PASTI, rasa menyesal pula tak daftar PASTI.

Kisah bermula..

       "Abang anak g olah la ummi."

        "Kenapa pulak, kat sekolah kan ramai kawan? Kat rumah tak de orang, ummi nak g kerja. Abang nak duk sorang kat rumah?"

        "Ye la,ye la.."

Macam tu la tiap pagi kalau minta bangun pagi gosok gigi pergi taska. Macam-macam alasan, cakap nak tidur lagi la. Macam-macam cara dah pujuk bagi dia suka ke taska.

Pada suatu hari, tengok ada kawan dia bersiap kat TASKA nak pergi PASTI dengan pakaian seragam hijau terang.

        "Abang, handsomenya dia. Abang nak sekolah macam dia juga ke?"

Cepat-cepat abang angguk dengan senyuman.

Malamnya,

      "Kalau abang nak sekolah, kena basuh berak sendiri."

Terus boleh basuh berak sendiri.
Pagi esoknya, kejut bangun pagi, terus bangun.

       "Ite nak g aner, olah aru ke?"
       "Tak leh lagi, ummi kena telifon tanya sekolah baru tu dulu, boleh lagi tak abang nk sekolah sana."
       "Ummi telifon la."

Beriya-iya. Dalam kereta on the way hantar ke taska tanya lagi.

       "Okeyla, lepas hantar abang dan adik kat taska, ummi tanya."

Rasa dah lewat nak pergi kerja, tapi dah janji dengan anak rasa tak sanggup nak mungkiri janji walaupun dia tak tahu. Risau juga balik nanti dia tanya ummi dah tanya ke belum. Jadinya, ummi pergi juga tanya.. cikgu kat PASTI tu cakap dah penuh, tapi boleh tanya untuk bulan 2 kalau-kalau ada yang tarik diri.

Minggu depan abi balik, minta abi pula pergi tanya dengan Bukhari sendiri, rasanya kalau bawa budak yang semangat nak sekolah ni, cikgu tak sampai hati nak tolak permohonan.

Alhamdulillah, semua berjalan mengikut perancangan dan cikgu TASKA Bukhari sendiri yang akan pergi ambil Bukhari dan kawan-kawan Bukhari yang lain dari PASTI. Jadi tak perlulah ummi dan abi fikir sapa yang nak pergi ambil.

Kata-kata Hikmah :

“Semua hari adalah sama: Jika datang hari yang sukar, perlu sabar. Jika datang hari yang menyenangkan, wajib bersyukur.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...