Pages

17 Februari 2014

Doa


Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita,
Kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan,
Kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa suami/isteri, doa ibu bapa kita,
Doa adik beradik kita,
Doa sahabat-sahabat kita.
Bukannya doa kita.

Kita ini banyak dosa. Terhijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya,
Lebih suci jiwanya yang makbul,
Menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita.
Sebab itu janganlah berlagak.
Jangan tinggi diri.
Jangan rasa doa kitalah yang makbul.
Pulangkan semuanya kepada Allah.
Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita.
Semoga Allah redha dengan kita. 

1 ulasan:

  1. dan..semoga Allah memberi rahmat kepada kita... tanpa rahmah Allah, kita ini tidak layak ke syurga Allah...walaupun amal kita ini bergunung2...masih tidak boleh menandingi lagi nikmat yang Allah kurniakan buat kita... renungkan..betapa besarnya nikmat sepasang mata... nikmat yang tidak dapat dirasai oleh orang yang buta matanya... dari itu kita ini sebagai hamba Allah..hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan.. ketahuilah.. segala nikmat yang diberikan..akan disoal oleh Allah di akhirat kelak walau hanya segelas air....wallahualam...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...