Alhamdulillah, syukur kepada Mu ya Allah..
Kita rasa gembira sangat, sebabnya Prof Aisyah dah sahkan jawatan kita. Kita rasa lebih bahagia bila kerja yang kita lakukan orang puas hati.
Bulan ni juga dapat settlekn pembelian kereta untuk ayah kita. Umm..tak sempat nak bergambar, ayah dah bawa balik. Nama aje kita yang belikan, tapi ayah yang bayar semua. Suka sangat bila tengok orang tua kita gembira.
Bulan ni juga, buat pemeriksaan kesihatan, tahap stress kita terkawal, berat badan dah meningkat 4kg dan tekanan darah dah normal. Suka sangat, harap dapat puasa dan buat ibadah dengan lebih baik.
Lagi kegembiraan yang kita dapat bulan April ni, baju unifon kerja dah dapat. Semua orang dah dapat, kita paling lewat. Tak pe lah kita lewat dapat, sebab ukuran dia okey, puas hati. Bolehlah pakai untuk 3 hari seminggu, Isnin, Selasa, Rabu.
Kegembiraan kesihatan anak-anak adalah kegembiraan paling besar, bila tengok mereka membesar dengan sihat. Rasa hidup ini penuh makna dengan adanya mereka.
Terima kasih semua.
25 April 2014
21 April 2014
Stok Shaklee
Bulan lepas ummi beli stok shaklee untuk kami bertiga.
Meal Shakes untuk abang dan adik. Ni tak tahu botol ke berepa, behenti je terus selsema dan selera makan slow je, walaupun adik dah banyak makan buah, tapi tetap selsema.
ESP dan Vite-Lea untuk stok ummi bulan puasa nanti.
Cakap pasal Meal Shakes ni, memang bagus untuk anak-anak ummi, tapi yang tak tahannya, mudah masuk angin. Nanti akan nampak cam tepung dia berketul-ketul dan sedikit lembab, bau dia pun dah bertukar. Bagi anak pun dah tak berkesan. Jadi, untuk elakkan perkara begitu terjadi lagi, ummi cuba tip di bawah.
Cara elak Meal Shakes masuk angin :
- bila dah buka lapiran kertas botol tu, asingkan jadi 2 bekas kedap udara, supaya kalau 1 bekas dah masuk angin, 1 bekas lagi selamat.
- guna sudu yang betul-betul kering
Adik, bila selsema je, akan batuk dan mudah dapat asma. Ingat lepas ni, kalau adik kena asma lagi, nak cuba OmegaGuide - selain dapat mengelak asma, kandungan minyak ikan juga bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak.
“Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.”
Bila Allah Menduga Kita :
“Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.”
13 April 2014
Set Ibu Hamil Shaklee
Ramai sangat kawan-kawan dan adik-adik yang mengandung dan ada anak kecil, teringin juga nak mengandung. Sebelum ini, masa mengandung tak pernah ambil suplement, dan pengalaman mengandung dulu, selalu dapat selsema, tekanan darah rendah dan kencing manis, memang selalu lah nak pitam kalau ramai orang di sekeliling.
12 April 2014
Menu Abang & Adik
Dua orang budak comel ni excited bila umi hidang makanan, walaupun makan belum tentunya. Tapi sekarang, Alhamdulillah, si kecik adik pun dah kuat makan. Cikgu dia pun bagitahu adik berselera betul sekarang.
Kalau di rumah antara menu umi selalu masak untuk anak-anak umi
Lepas kenyang makan, ini pulak jadinya. Adik...adik...
Kalau di rumah antara menu umi selalu masak untuk anak-anak umi
sup ayam
ikan goreng kicap
gulai lemak kuning ikan
spegeti
tomyam ayam
nasi goreng
nasi ayam
Lepas kenyang makan, ini pulak jadinya. Adik...adik...
Langgan:
Catatan (Atom)