Pages

25 April 2014

Kegembiraan April

Alhamdulillah, syukur kepada Mu ya Allah..

Kita rasa gembira sangat, sebabnya Prof Aisyah dah sahkan jawatan kita. Kita rasa lebih bahagia bila kerja yang kita lakukan orang puas hati.

Bulan ni juga dapat settlekn pembelian kereta untuk ayah kita. Umm..tak sempat nak bergambar, ayah dah bawa balik. Nama aje kita yang belikan, tapi ayah yang bayar semua. Suka sangat bila tengok orang tua kita gembira.

Bulan ni juga, buat pemeriksaan kesihatan, tahap stress kita terkawal, berat badan dah meningkat 4kg dan tekanan darah dah normal. Suka sangat, harap dapat puasa dan buat ibadah dengan lebih baik.

Lagi kegembiraan yang kita dapat bulan April ni, baju unifon kerja dah dapat. Semua orang dah dapat, kita paling lewat. Tak pe lah kita lewat dapat, sebab ukuran dia okey, puas hati. Bolehlah pakai untuk 3 hari seminggu, Isnin, Selasa, Rabu.

Kegembiraan kesihatan anak-anak adalah kegembiraan paling besar, bila tengok mereka membesar dengan sihat. Rasa hidup ini penuh makna dengan adanya mereka.

Terima kasih semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...