Pages

29 Mei 2014

Temasya Sukan Pasti Ar-Raudhah

Minggu lepas, acara sukan neka dipertontonkan untuk umi dan abi, serta ibu bapa lain dan tenaga pengajar Pasti Ar-Raudah.





Qaisara yang excited lebih, tengok abang murum je. Sebagai ibu, risau juga, acara macam ni selalunya dinanti oleh kanak-kanak sebaya dia.






Tengok abang barisan depan sekali, tapi tumpuan dia kat tempat lain, semua orang bagi tumpuan dan ikut instructor dekat depan.


Bila perhatikan, teringat umi masa sebaya Bukhari dulu, umi dulu memang tak pernah cakap dengan kawan-kawan, cam bisu, tapi dalam hati sebenarnya nak ada kawan ramai, borak dan bercerita dengan kawan-kawan.





Bila lelaki pula yang pendiam, selalu la kena buli. Tolak menolak tu biasa lah, abang pula gagap..mesti selalu kena herdik dengan kawan-kawan sebaya sampaikan sekarang dia dah makin kurang nampak perasaan teruja dia nak pergi Pasti.







Tapi bila tengok, ada yang masih Bukhari kenal sebagai kawan, rasa lega..umi berharap sangat, Bukhari boleh belajar dengan kehidupan ini. Kawan abang Irfan pasukan hijau, abang pasukan merah.



Macam cerita sedih la pulak, kita harus belajar dari kehidupan..macam mana pun abang nampak enjoy hari tu. Dapat pungut 2 piala.





26 Mei 2014

Kita Di Kampungn Lagi

Sepanjang kami di kampung, rasa kejap je masa berlalu. Moment-moment sepanjang di kampung:

Masjid Beijing, Rantau Panjang
Balik dari Nara-thi-wat ikut sempadan Sg.Golok (Tahiland) dan Rantau Panjang (Malaysia). Singgah solat magrib di Masjid Beijing, Rantau Panjang.

Roti Canai Cotek
Nikmati roti canai dan nasi air di Rantai Panjang. Kuah kuning yang macam kuah dal tu, lain dari yang lain, rasa kuah dal campur susu. Memang sedap, kuah dal yang paling sedap pernah umi rasa.

Nasi Air
Biasanya, pagi-pagi kalau di kampung, kami makan nasi bungkus. Kedai nasi di Kelantan biasa buka seawal 6.30 pagi. Kedai makan yang paling dekat dengan rumah ayah..dekat bawah rumah je. Dekat sangat kan, turun tangga je, kedai makan.

Nasi Berlauk Ayam Goreng
Nasi Kerabu
Rindu dengan nasi kerabu ni, hari tu umi makan nasi kerabu daging bakar, sedap..


Pinjam triton tok ayah jap.


Sembang-sembang di waktu petang.



22 Mei 2014

Nara-thi-wat

Balik kampung di awal bulan Mei, rasa dah lama tak balik kampung, walaupun baru sahaja jumpa ma ayah datang sini, tapi tak sama.

Balik kampung kali ini, masa kami banyak di negara Thai, hebatla sangat, padahal dok sempadan sahaja.
Perancangan kami memang x de luck, sebab kami pergi hari Ahad, semua kedai tutup. Hari Ahad hari minggu di sana. Jadi buat balik tangan kosong, ayah je yang dapat bawa balik trition dengan bertinted gelap sampai tak nampak orang dari dalam.

Perancangannya nak bertolak awal supaya kami yang perempuan dapat bershopping habis-habisan, dan yang lelaki dapat survey tempat aksesori kereta yang menarik. Sebelum pergi, dah macam-macam perlu kami buat, sebagai panduan untuk ke sana melalui Tak-Bai:

1. Kami perlu buat border pass di Pej Imegrn. Cam passport je, tapi dia untuk 25km sahaja. Tapi rasanya kami pergi lebih dari 25km dari sempadan.
2. Anak-anak yang tidak ada mykad lagi, perlu bawa sijil kelahiran.MYKID tidak diterima. Jadi, macam kita ni, mana lah bawa sijil kelahiran, jadi kena buat cabutan di JPN Kelaburan. Pergi balik dari pej imegresin ke Pej JPN untuk settle kan sijil kelahiran, ambil masa sejam juga. Lepas tu, dengan tergesa-gesanya, kami pergi ambil gambar di pej imegresn untuk lengkapkan border pass.
3. Kalau nak masuk kereta, kereta pun kena ada pass dia, jangan lupa bawa sijil kelahiran kereta juga/geran kereta.



Mojoriti kenderaan di situ jenis 4WD, abang long yang pakai EXORA rasa janggal, apatah lagi KANCIL. Sepanjang perjalanan kami memang tak nampak KANCIL dan jarang sangat ada kereta kecil bergerak.


Cuaca memang panas sangat, dapat kopi sejuk memang rasa kenikmatan di cuaca panas. Harga 25baht. Ais dia tahan, lambat cair mungkin kah kertas tu dibuat dari jerami?

Som Tham
Singgah makan Som Tham Thailand. Yam..yam..

Behenti rehat seketika

Apa-apa pun, kunjungan kami ke sana memang menambah pengetahuan dan pengalaman kami menjejaki negara orang. Jejak aje sempadan, memang berubah, tulisan siam penuh di signboard dan label makanan. Memang rasa macam duk jauh sangat dari negara sendiri. Hakikatnya, dekat sangat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...