Pages

22 Mei 2014

Nara-thi-wat

Balik kampung di awal bulan Mei, rasa dah lama tak balik kampung, walaupun baru sahaja jumpa ma ayah datang sini, tapi tak sama.

Balik kampung kali ini, masa kami banyak di negara Thai, hebatla sangat, padahal dok sempadan sahaja.
Perancangan kami memang x de luck, sebab kami pergi hari Ahad, semua kedai tutup. Hari Ahad hari minggu di sana. Jadi buat balik tangan kosong, ayah je yang dapat bawa balik trition dengan bertinted gelap sampai tak nampak orang dari dalam.

Perancangannya nak bertolak awal supaya kami yang perempuan dapat bershopping habis-habisan, dan yang lelaki dapat survey tempat aksesori kereta yang menarik. Sebelum pergi, dah macam-macam perlu kami buat, sebagai panduan untuk ke sana melalui Tak-Bai:

1. Kami perlu buat border pass di Pej Imegrn. Cam passport je, tapi dia untuk 25km sahaja. Tapi rasanya kami pergi lebih dari 25km dari sempadan.
2. Anak-anak yang tidak ada mykad lagi, perlu bawa sijil kelahiran.MYKID tidak diterima. Jadi, macam kita ni, mana lah bawa sijil kelahiran, jadi kena buat cabutan di JPN Kelaburan. Pergi balik dari pej imegresin ke Pej JPN untuk settle kan sijil kelahiran, ambil masa sejam juga. Lepas tu, dengan tergesa-gesanya, kami pergi ambil gambar di pej imegresn untuk lengkapkan border pass.
3. Kalau nak masuk kereta, kereta pun kena ada pass dia, jangan lupa bawa sijil kelahiran kereta juga/geran kereta.



Mojoriti kenderaan di situ jenis 4WD, abang long yang pakai EXORA rasa janggal, apatah lagi KANCIL. Sepanjang perjalanan kami memang tak nampak KANCIL dan jarang sangat ada kereta kecil bergerak.


Cuaca memang panas sangat, dapat kopi sejuk memang rasa kenikmatan di cuaca panas. Harga 25baht. Ais dia tahan, lambat cair mungkin kah kertas tu dibuat dari jerami?

Som Tham
Singgah makan Som Tham Thailand. Yam..yam..

Behenti rehat seketika

Apa-apa pun, kunjungan kami ke sana memang menambah pengetahuan dan pengalaman kami menjejaki negara orang. Jejak aje sempadan, memang berubah, tulisan siam penuh di signboard dan label makanan. Memang rasa macam duk jauh sangat dari negara sendiri. Hakikatnya, dekat sangat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...