Pages

30 Ogos 2014

Apa Menarik di Bukit Fraser 1


Destinasi pertama kami, pergi taman sebelah Shahzan Hotel. 


Sejuk ke? Dengar orang kata lagi sejuk dari Cameron? 
Rasanya.. tak sejuk sangat pun. Asap tak keluar pun bila cakap. Mungkin saya pergi salah bulan kot.

Tapi kenapa pakai baju berlapis-lapis? 
Sebab saya kurus kering, baju tu melekat, kalau tak pakai banyak lapis nanti nampak saya kurus cam 'cicak kering.'


Destinasi ke-2 kami, abang nak tunggang kuda. Tapi, bila start je enjin kereta tak hidup. Apa yang menarik di sini, orang di situ baik dan mesra. Abi tahan je kereta seorang kakak tu, dia behenti hulurkan bantuan. Kakak tu orang situ juga, rasa terhutang budi sangat..bila ada yang membantu di saat susah macam tu. Abi minta tolong untuk jumper, mungkin bateri sebab kereta tak biasa dengan cuaca sejuk. Okey, dah hidup..kami sampai depan pintu kawasan tunggang kuda.

Tiba-tiba...enjin mati sendiri. Kami dah cuak, macam mana nak balik Puncak Alam ni? Dekat luar hujan dah menitis, tingkap kereta tak leh naik dah. Adik dan abang yang tak faham apa-apa tengah main buih belon dalam kereta. Masa berlalu hanya dalam kereta menanti 'hujan serek'.



Bila hujan dah reda, kami keluar. Abang yang excited sangat nak jumpa kuda, bila nampak je kuda dari  dekat, takut. Bila abang menjerit ketakutan, dia sama menjerit..walaupun sebenarnya adik berani je.
Terasa kurang enjoy bila kepala tengah fikirkan kereta… umi tawakal je…




Kali ke-2 jumper, juga penduduk situ. Terima kasih pakcik, hulurkan bantuan. Rasa lega sangat, sebab bunyi cam lain sikit enjin dari tadi. Dah okey kot, rasa nak balik terus Puncak Alam. Gerak je dalam 300 meter, enjin dah mati..Sudahhh... Pakcik tadi cakap, dekat Bukit Fraser tak de Bengkel. 

Hujan makin lebat, jam sudah hampir 12 tengahari. Kami 4 beranak belum bersarapan lagi. Tingkap kereta dapat gerak sikit, tempias hujan membasahkan kami dalam kereta, perut berkeroncong mendendangkan lagu dalam kesunyian. Rasa tragis betul percutian kami. Kata abi ..That is colurful of life.

Selepas hujan mula reda kembali, abi keluar minta bantuan. Alhamdulilah..ramai yang datang membantu, tapi kereta masih lemah, macam nyawa-nyawa ikan. Perlu alat ganti.. Kedai Alat ganti paling dekat dalam 40km, Raub.

Azan zohor berkemundang, masjid dekat sahaja..kata makcik yang bekerja dekat situ, masjid tu ada buat Open Masjid Raya, dan kami dijemput. Perut memang lapar, tapi hati penuh kerisauan, siapa  yang nak turun beli alat ganti kereta?

Orang yang boleh tolong gantikan alat ganti tu boleh buat pagi esoknya, tapi alat ganti tak tahu macam mana. Macam mana pun, kami kena bermalam lagi di situ. 




....bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...