Pages

30 Ogos 2014

Apa Menarik di Bukit Fraser 2

Kami check-in hotel berhampiran.
Murah ke hotel dekat situ?
Bilik kecik 2 katil single, air-cond semula jadi, 1 extra pillow, tv kecil sebuah dll = berharga dekat Rm200. Murah la sangat. Kan?
Murah di situ hanya rumah atau banglo yang ‘ditaja’ sahaja. Mungkin mahal di situ juga sebab dia dekat dengan Fraser’s Hill City.


Selepas makan tengahari, pengembaraan kami diteruskan. Kali ini kami berjalan kaki pusing-pusing Fraser's Hill. 

Rehat sekejap
Adik dah minta dukung, waktu selapas makan tengahari adalah waktu tidur adik, Pengembaraan kami akan lebih mencabar dengan pendakian bukit sambil dukung budak seberat 10 kg.



Abang dah nampak keletihan, nasib baik ada bekal air isotonix yang abi tebus pembelian topup umobile RM30 dekat 7E. Selepas minum, level tenaga abang bertambah. Abang dah kuat, berlari dia ke depan tanpa hala tuju meninggalkan kami.


Buah strawberi tak berbuah sangat. Mungkin bukan musim dia. 



Lupa nak tanya yang jaga kebun strawberi tu, memang macam tu ke kalau bulan lain. RM10 untuk 22 biji. Buah strawberi pasar malam Shah Alam 2 jauh lagi merah.  Okey lah untuk pembelajaran anak-anak, buah strawberi hanya dapat membesar dengan baik sekiranya cuaca sejuk dan dijaga dengan baik. 


Apa yang menarik lagi di situ, kita boleh mengayuh perahu, dengan syarat ketinggian tidak kurang 107cm. Boleh feeling-feeling berada di tasik China.




Kalau nak makan atau beli cenderamata, boleh beli dekat deretan kedai makan yang dekat dengan taman permainan kanak-kanak dan ada mini goft dekat situ. Makanan dekat situ tak mahal sangat, kiranya harga berpatutan. Nasi goreng kampung RM6.00. Nasi dan lauk banyak, siap ada sambal lagi. Roti canai pun ada, singgah beli roti cadai untuk bekal anak-anak.

Hari dah makin petang, abang dah nampak mengantuk. Perjalanan kami diteruskan menuju ke hotel tempat kami menginap.


Bila sampai bilik, tak pula tidur si abang, siap habiskan roti canai 2 keping dia dan adik.



Alat ganti kereta, abi minta tolong kawan dia yang tinggal dekat Raub tolong belikan dan naik hantar.  Pukul 6:30 petang sampai. Terima kasih Zahid dan isteri, sanggup datang hantar.
Alang-alang turun, terus beli nasi untuk makan malam.


Bergambar di lanskap depan kedai makan

Bila alat ganti dah ada, orang yang nk tolong tukarkan pun ada, rasa lega sangat. Makan nasi pun rasa dekat perut.

Apakah nasib kami esok?..tunggu sambungan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...