Pages

2 September 2014

Apa Menarik di Bukit Fraser 3

Bangun awal pagi untuk bersarapan dengan abi. 


Abang minta umi pujuk abi supaya tinggal dekat situ lagi. 


Sementara abi keluar pergi baiki kereta, kami keluar sekitar hotel.



Pukul 11, kereta akhirnya pulih. Alhamdulillah, lega sangat..rasa tak nak singgah mana-mana, takut enjin mati lagi. Balik, kami ikut Rawang, ambil masa 3 jam untuk sampai ke Puncak Alam.

2 hari sebelumnya...

Kami ke Bukit Fraser melalui Raub, ambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke destinasi. Sampai sahaja depan pintu pagar Rumah Peranginan Bukit Fraser, hujan lebat sangat.

Lepas hujan 'serek', kami keluar tengok apa yang menarik di Bukit Fraser. Jalan berkabus sikit, cuaca sejuk sebab lepas hujan. 

Kami nak pergi Taman Bunga, tapi dah tutup.




Kalau pergi ke Fraser's Hill, kalau tak bergambar dekat jam ni, memang rasa tak lengkap percutian di Fraser's Hill.






Pergi taman permainan yang dekat dengan medan selera, ada mini padang goft dekat sikit..pun dah tutup, tengok jam dah pukul 6.



Jadi untuk aktiviti hari pertama kami di situ, beli cendera mata yang ada dekat medan selera dekat situ. Sebelah kedai cendera mata ada kedai makan dan roti canai, beli roti canai 2 keping. Abang dan adik main buih sabun.

Naik atas lagi, ada kebun dan tasik. Tapi semua dah tutup, dah lewat petang. Tak pe la, hari pertama survey dulu. Pusing-pusing Fraser's Hill, tengok apa yang ada di situ..  tempat macam tu ada 2 buah sekolah, rumah flat, masjid.. apa yang penting bagi umi, ada masjid rasa kehidupan ini hidup dan tak rasa terpencil sangat. 

Terima kasih kepada penduduk di situ jemput kami ke jamuan raya. 

Sekian.

Pedoman Hidup :

“Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tidak terus berputik, tetapi biarkan ia tumbuh dan membesar lebih dahulu.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...