Pages

19 Disember 2014

Hutan Rekreasi Bukit Lagong

Hari minggu kami di awal November, kami ke Bukit Lagong, Selayang.. sampai dah tengahari  dan kami terus mandi . 

Bukan dirancang pun, tengah masak nasi ayam untuk makan tengahari, sepupu ajok picnik tepi jeram. 


Bekal nasi ayam
Tengok tu,siap bawa periuk nasi.


Petang, kami ke kolam memancing dekat situ.




Gebeng - Konvo Maritim

Lepas balik dari kerja hai Jummat, alang hantar whatsapp untuk bertolak ke Gebeng lepas Isyak. Rasa Kelam kabut juga sebab ingat nak bertolak esok, hari Sabtu. 

Dalam rumah dah macam rumah kena banjir sebab buka tingkap rumah tengahari, konon nya nak bagi cepat kering kain yang jemur dalam rumah..tapi petang angin kuat, hujan lebat. Habis baju yang dah lipat dan baju tengah jemur basah dengan karpet dalam rumah sekali.  Tarik nafaz…redha je la, sendiri mau ingat la, kan musim sekarang petang-petang hujan lebat.

Dah nak masuk waktu magrib..otak kena pantas berfikir, apa yang perlu buat..pakaian tak packing lagi, anak-anak tak makan lagi. Baru teringat, beli periuk magic dekat cosway belum guna lagi. Masa ni la nak guna (nak buat magic), masak kari ayam (klu ore kelate panggil gula aye).

Kari dah lama masak. Tunggu punya tunggu..adik dah bertukar jadi pelbagai watak, dari pricess -> SpidermanàPuteriàBen10..akhirnya alang sampai juga rumah pukul 9.15 malam. Pukul 9:30 malam kami bertolak ke Homestay Damai, Cherating, Pahang.

Sesat..huhu,pukul 2:40 pagi baru sampai homestay. Ma,ayah dan adik dah sampai.. 

Bangun awal pagi, mata adik dah merah. Kesian...

Adik Sakit Mata


Tengoh tengok Pembarisan

Tengok ayah dah gosok-gosok mata, ayoo..jangkit dengan cucu dah ke?







rasa nak mandi kolam

Suka adik dan abang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...