Pages

7 January 2015

K.i.t.a 2015

Di awal pagi,bulan, tahun 2015..
 
Dalam kereta..
 
Abang 6 tahun, adik 4 tahun. Abang dah tak sabar nak mulakan sesi persekolah dekat PASTI Ar Raudah.
 
"Mi, abang dah pandai baca buku Anaku. Bila sekolah abang nak buka?"
 
Bila imbas kembali rasa macam bulan lepas je abang masuk PASTI, sekarang dah tahun ke-2.
 
***********
 
Di rumah..
 
"Adik tak leh mamam dah, sebab adik dah lebih 2 tahun" - ummi.
 
" Ni baby lah. emm .. emm " - Qaisara (dengan lakonan gaya baby). Dang dang tukar jadi baby.
 
"Panggi kakak la, sebab adik dah besar." - ummi.
 
"Ni Uyie (puteri) lah."- Qaisara.
 
Pulak..
 
***********
 
Office..
 
Tengah-tengah buat kerja sambil dengar lagu Arjuna Beta, hati rasa sayu dan sunyi ( sebab tak de orang dekat office). Sesekali tengok lirik lagu tu..boleh mengalir air mata, bila terbayangkan anak-anak kecil sekecil adik dan abang tahan lapar yang terperangkap banjir.
 
Dekat rumah, makanan ada pun cakap lapar. Ni kan pulak yang memang tak de makanan.
 
Tengah-tengah melayan perasaan sedih sorang-sorang sambil-sambil study coding sql.
 
Dapat pulak emel dari staf sini :
" Semoga Allah permudahkan urusan Puan sepertimana Puan permudahkan urusan org lain ."
Amin. Bertambah 1 lagi perasaan.. terharu sangat.
 
**********
 
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...