Pages

22 Februari 2015

Berubah Untuk Jadi Lebih Baik

Sokmo rasa diri ini tak berguna..tambah-tambah bila tak leh buat sesuatu kerja samada dekat office atau dekat rumah. Bila demam dan sakit kepala, rasa otak tak boleh buat kerja, terus rasa nak berhenti kerja, terus tak de idea nak masak apa untuk anak-anak, sampai kan tak leh nak fikir juga untuk diri sendiri, nak makan apa..

Duk 4 hari berkurung dengan anak-anak dalam rumah, buat aku banyak terfikirkan pasal 'Erti Hidup'.

Hari pertama, rasa bosan.. pagi-pagi lagi anak kejutkan minta makanan. Pagi.. goreng roti bawang ikan bilis.Waktu tidur tengahari sokmo terganggu, anak minta main kereta yoyo.

Hari ke-2 sama, badan rasa letih sangat. Belum masuk petang anak-anak dah minta keluar nak beli aiskrim.

Hari ke-3 sama. Semalam beli ayam dengan mi, jadi boleh buat mi kari. Adik, apa-apa masakan yang ada mi, baru la boleh tengok dia makan.

Hari ke-4, ingat lepas solat subuh, tak nak la sambung tidur..orang kata sambung tidur, nanti badan makin letih, pun tertidur juga dengan telekung sembahyang. Anak kejut, lapar katanya. Pagi tu dah rasa segar sikit, jadi aku goreng mi. Adik,kalau mi..makan lah..tengahari, panaskan kari ayam semalam, banyak abang makan nasi, adik macam biasa ..ratoh lauk jah. Dekat luar riuh bunyi lagu "Selamat Pengantin Baru"..baru terasa ada orang rupanya dekat rumah ni.. baru hilang rasa sunyi. Musim cuti ni, biasa la, kenduri merata.

"Mi, jom la, ada ari aya adik."

Em..adik..adik, hari raya aje dia ingat..'Tapi kita tak dijemput dik..".kesian diarong, mesti bosan, dari pagi sampai ke petang minta nak turun, "Okey la, umi bawa pergi pasar malam lepas umi solat Asar."

Hari-hari dengan anak-anak, rancangan kartun je.. cuba kadang-kadang je aku dang rampas remote astro.. untuk tengok rancangan yang aku suka. "Saffiya". Aku tertarik dengan ruangan personaliti seorang pelajar Malaysia yang belajar dekat London. Dia seorang yang kuat semangat, tabah..walaupun ada kanser tahap 4, tapi masih teruskan kehidupan seperti orang sihat. Dalam hati.. Ya Allah, kuatnya dia.. macam mana lah dia boleh fokus dalam pelajaran. Lemah benar aku berbanding dia, aku..sakit kepala dah tak leh buat kerja, dah fikir nak berhenti kerja la.


“Orang berpegang teguh dengan kitab Allah serta mendirikan solat, sesungguhnya Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berusaha memperbaiki (keadaan amalannya).” - surah Al-A'raf. 170

9 Februari 2015

Balik kampung 2015

Bulan lepas kita balik kampong, 5 hari rasa kejap je masa berlalu. Pergi melawat saudara mara mana yang sempat je.

with Avin & Kakak

 
Cantik kan kampong berlatar belakangkan sawah pagi, rasa damai je.


Hebat tak perahu buatan Tok Loh
 
Abang tanya, kenapa semua orang cakap pasal banjir je? Masa kami balik, ada lagi kawasan banjir yang terputus hubungan bagi kenderaan ringan.

6 Februari 2015

Bawa Cik Ja dan Cik Alif ke Padang Setia City Mall

Suka la budak-budak ni kalau ada orang melayan main layang-layang dan buih sabun.
 


Sapa yang main layang-layang sebenarnya?


Princess ni



Effect hijau



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...