Pages

9 Mac 2015

Pesanan Anak Lelaki Ummi

Melayan kerenah anak-anak ni suka, macam-macam hal. Tapi bila anak buat perangai, tak dengar cakap, naik hantu juga ummi. Pastu ummi rasa menyesal.. dan bila anak-anak buat perangai, naik hantu lagi ummi, pastu menyesal.. bila nak sudah?

Suatu pagi..

Bila hantar Bukhari sekolah, ummi tenung wajah Bukhari, mata dia yang tadi  menilau tak tentu arah, pandang mata ummi.

"Abang belajar rajin-rajin tau, dengar cakap cikgu." - ummi.

"Baiklah." -abang. Perkataan tu je selalu dijawab.

"K, masuk la kelas."- ummi

 Ummi cepat-cepat buka pintu kereta, selalu memang ummi macam tu, kelam kabut. Abang masih pandang ummi, macam ada sesuatu nak diberitahu.

"Bye..Assalamamualaikum, abang." - ummi

"Ummi!" -abang.

"Ye." - ummi.

"Jangan bawa laju-laju tau." - abang

"K." - ummi. Hanya bunyi K yang mampu keluar dari mulut ummi.

Sebak pula hati kecil ummi dengar pesanan abang tu. Bawa kereta dengan melayan perasaan, terimbas kenangan time marah-marah dia bila dia buat nakal.




4 Mac 2015

Geng Duyung

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ummi berkesempatan lagi jumpa kawan-kawan yang rapat dengan ummi masa belajar dekat UiTM Dungun dulu, geng 1 rumah. Masa belajar dekat UiTM Dungun, kolej(asrama/rumah) di namakan dengan nama pulau-pulau di Terangganu. Rumah yang ummi tinggal nama Duyung. Pelajar diberi bilik dengan susunan nama. Jadi nama geng rumah tu dekat-dekat sama. Kalau Siti, dalam bilik semua Siti. 

Okey la, straight to the point, ummi sebenarnya nak cerita pasal dah lama ummi tak jumpa kawan-kawan ummi ni, walaupun masing-masing duk dalam Selangor ni je, tapi masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Balik dari Morib, rasa penat sangat badan, tak larat nak masak karamel (janji nak buat karamel dengan geng). Last-last ummi buat keputusan beli kek je lah untuk Birthday Siti Faezah. Walaupun hanya berkesempatan berkumpul 4 orang sahaja, tetap kami teruskan..sebab susah kalau nak tunggu semua free. Kami berkumpul di rumah Siti Munirah di Kota Kemuning..kita satu family datang awal. Last sampai rumah Siti Munirah ni, 4 tahun lepas, masa tu Qaisara pun tak dilahirkan lagi, mungkin 2 bulan dalam kandungan.





Adik pula tolong potong

Shariza, Shidah & Qaisara, Siti Faezah,Sham (suami Siti Faezah) & Bukhari

Siti Munirah * Adik &Ummi*Siti Faezah*Shariza 
Alhamdullah, semua dapat kerja dalam bidang IT, yang rajin dan bijak dapat kerja dengan gaji tinggi, yang kurang bijak macam ummi pun dapat kerja dalam bidang IT, walaupun gaji tak tinggi macam yang lain, tapi ummi bersyukur sangat dengan rezki 2 orang anak yang baik, walaupun perkiraan patutnya umur 31 ada 4 orang anak.

Bila berkumpul macam ni, baru la dapat kongsi kehidupan kawan kita sikit-sikit.Kita belajar dari kehidupan.. erm..masing-masing rezki dalam bentuk berlainan. (anak, wang, kebahagian, ketenangan)

Shariza yang banyak berusaha dalam menjayakan misi kami untuk berkumpul. Terima kasih Shariza, Lain kali kita buat lagi, rindu kamu semua. Bila kumpul macam ni, rasa macam muda balik, rasa macam umur 19 tahun lagi,cam masa kita mula-mula jumpa dulu. Sekarang dah 31 tahun...

Motivasi :

“Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah.” - Khalil Gibran

"Berusahalah mencari rezeki, InsyaAllah..Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua."
InshaALLAH, rezeki ada di mana mana. Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Kita ke Gold Coast, Morib

Dari Rumah Peranginan Persekutuan Marib, kami ke Gold Coast Water Park untuk main air. Kaluar dari RPP ambil kanan, water park ni kurang sekilometer sahaja.

Sumber dari StreetView



excited sangat

Macam tak sangka abang naik benda ni sorang-sorang

Hahaha..


Bila masa abi nak main air ni
Tiket untuk dewasa RM35seorang, kanak-kanak RM20 seorang. Tempat okey, ramai orang yang datang, cuma bagi orang pregnant yang ada deria bau yang sensitif mungkin tidak sesuai sebab masa kami pergi tu ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan bila ada angin sikit, takut muntah atau pening dengan bau tu je.. yang lain okey. Anak-anak suka, ummi gembira.

3 Mac 2015

Kita di Rumah Peranginan Persekutuan Morib

Assalamualaikum..

3 bulan lepas, ummi ada booking Rumah Berkembar dekat Rumah Peranginan Persekutuan Morib. Dekat dengan Banting. Akhirnya, tiba juga waktunya untuk kita bercuti 2 hari 1 malam di Rumah Peranginan Persekutuan Morib.  Nama rumah-rumah dekat situ, dinamakan dengan nama pulau-pulau di Malaysia. Ada Pulau Pangkor, Pulau Langkawi.. macam-macam lagi nama, hari tu kita dapat rumah Pulau Rumbia 2. First time datang Morib..



Kalau sesiapa yang tak pernah datang dekat rumah peranginan Morib ni, isteri-isteri atau ibu-ibu jangan risau pasal makanan, boleh masak dekat situ, semua kelengkapan barang dapur ada, cuma barang mentah kena bawa sendiri. Ummi masak siap-siap dari rumah sebab malas nk bawa bawang, santan bagai. Kari ayam ummi letak dalam periuk magic ummi, sampai morib, berasap lagi macam baru lepas masak. Kalau tak habis boleh simpan dalam peti ais, dan boleh panaskan klu nak makan dengan nasi atau roti. Kedai masakan panas boleh pergi cari dekat medan selera dekat Pantai Morib. Sampai aje, terus buka bekal, lapar sangat.

Adik yang sebelum ni susah nak sentuh nasi, makan nasi berlaukkan kari ayam..kata orang..berubah angin dan tempat.

Rumah Peranginan Persekutan Morib

Rumah Peranginan Persekutan Morib

Adik dan abang tu tak sabar nak keluar, adik lagi la, siap pakai suit renang lagi. Padahal nak mandi kolam esoknya. Petang, keluar tepi pantai, ingat nak tengok pantai..tapi jauh sangat, kaki pun dah tak larat nak jalan, pujuk adik main pasir dan layang-layang je lah. 


Air pasang malam surut pukul 5

Malam kami keluar cari makan dekat medan selera Pantai Morib. 
Dekat Pantai Morib
Pagi esoknya, ingatkan boleh tengok pantai, tapi jauh juga, tak tahu air pasang pukul berapa, yang tahu air pasang pagi surut pukul 5.Pagi tak pulak bagitahu pukul berapa kn?..tak larat nak jalan, main dekat playground dekat situ je lah, lagi pun banyak anjing berkeliaran dekat kaki pantai. 

Kalau pergi dengan family besar, boleh bakar ayam, daging..buat bbQ tepi rumah ada tempat disediakan untuk nak bakar ayam dan kumpul ramai-ramai. Mungkin lain kali kita boleh pergi ramai sikit, boleh la orang lelaki bakar ayam, perempuan siapkan makanan goreng, budak-budak main dekat playground.. meriah betul. 

Rumah Peranginan Persekutan Morib


Rumah Peranginan Persekutan Morib


 11.30 pagi kami check-out. Sebelum keluar, bergambar dulu. Macam biasa la abang, kalau bercuti, susah nak balik, katanya.. "abang belum puas lagi duk rumah tu."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...