Pages

4 Mac 2015

Geng Duyung

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ummi berkesempatan lagi jumpa kawan-kawan yang rapat dengan ummi masa belajar dekat UiTM Dungun dulu, geng 1 rumah. Masa belajar dekat UiTM Dungun, kolej(asrama/rumah) di namakan dengan nama pulau-pulau di Terangganu. Rumah yang ummi tinggal nama Duyung. Pelajar diberi bilik dengan susunan nama. Jadi nama geng rumah tu dekat-dekat sama. Kalau Siti, dalam bilik semua Siti. 

Okey la, straight to the point, ummi sebenarnya nak cerita pasal dah lama ummi tak jumpa kawan-kawan ummi ni, walaupun masing-masing duk dalam Selangor ni je, tapi masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Balik dari Morib, rasa penat sangat badan, tak larat nak masak karamel (janji nak buat karamel dengan geng). Last-last ummi buat keputusan beli kek je lah untuk Birthday Siti Faezah. Walaupun hanya berkesempatan berkumpul 4 orang sahaja, tetap kami teruskan..sebab susah kalau nak tunggu semua free. Kami berkumpul di rumah Siti Munirah di Kota Kemuning..kita satu family datang awal. Last sampai rumah Siti Munirah ni, 4 tahun lepas, masa tu Qaisara pun tak dilahirkan lagi, mungkin 2 bulan dalam kandungan.





Adik pula tolong potong

Shariza, Shidah & Qaisara, Siti Faezah,Sham (suami Siti Faezah) & Bukhari

Siti Munirah * Adik &Ummi*Siti Faezah*Shariza 
Alhamdullah, semua dapat kerja dalam bidang IT, yang rajin dan bijak dapat kerja dengan gaji tinggi, yang kurang bijak macam ummi pun dapat kerja dalam bidang IT, walaupun gaji tak tinggi macam yang lain, tapi ummi bersyukur sangat dengan rezki 2 orang anak yang baik, walaupun perkiraan patutnya umur 31 ada 4 orang anak.

Bila berkumpul macam ni, baru la dapat kongsi kehidupan kawan kita sikit-sikit.Kita belajar dari kehidupan.. erm..masing-masing rezki dalam bentuk berlainan. (anak, wang, kebahagian, ketenangan)

Shariza yang banyak berusaha dalam menjayakan misi kami untuk berkumpul. Terima kasih Shariza, Lain kali kita buat lagi, rindu kamu semua. Bila kumpul macam ni, rasa macam muda balik, rasa macam umur 19 tahun lagi,cam masa kita mula-mula jumpa dulu. Sekarang dah 31 tahun...

Motivasi :

“Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah.” - Khalil Gibran

"Berusahalah mencari rezeki, InsyaAllah..Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua."
InshaALLAH, rezeki ada di mana mana. Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...