Pages

11 April 2015

Balik kg ke-2 pada tahun 2015

Assalamualaikum...

Rindu sangat kita dekat kampung tercinta, 5 hari di kg memang terasa kejap sangat. Memang isi penuh masa dengan aktiviti keluarga, tak sempat jengok kawan-kawan lama.

 

Sesampai je,malam tu kita sekeluarga pergi rumah Pak Su, sebabnya nak tengok rumah baru dia..meriah, rasa macam Hari Raya sebab dapat kumpul adik beradik, ipar2, dan anak2 saudara yang makin bertambah.



T & keluarganya

Fathi & Arif


Hari ke2 balik rumah mertua pulak, pergi shopping dengan adik ipar dan mak mertua. Kita tak shopping sakan pun, banyak tengok je..ingat nak beli pakaian anak2 tapi cam tak menarik dan mahal pulak tu, tak berbaloi langsung. Ingat nak shopping raya, rupa2nya semua kedai2 pakaian tak siap pun lagi pakaian raya,huhuhu..awal sangat ke kita ni?

Hari ke3 masak-masak special..malu2.special la sangat..macam tak best je kita masak. Apa pun, kita dah masak yang terbaik. Kalau tak best tu, maafla..lain orang lain citerasa.
Petang,pergi tepi pantai bakar ayam dan makanan  lauk sikit, kumpul 2 keluarga besar, tapi ramai juga tak dapat datang, sebab tak rancang betul-betul.


Hari ke4 pergi kenduri kahwin best friend adik dekat Kubang Krian, rasa teruja nak pergi kenduri sebab dah lama tak makan gulai daging kenduri ni. Rupa-rupanya 2 orang pregnt dekat rumah tu pun teringin sama dengan kita. Jadinya, semua makan bertambah-tambah tanpa rasa segan silu sebab sedap sangat. Balik, singgah dekat Pasar Gok Kapur, Kg Cina untuk beli barang mentah. Kita suka tempat ni, walaupun perkampungan cina dan pasar tu pun tak besar mana, tapi kita tak rasa macam terpinggir atau rimas dengan anjing2 sebab kita suka dengan perpaduan kaumnya. Jarang pulak tengok anjing berkeliaran.



Hari ke-5 shopping dekat bazar Tok Guru cari pinggan kaca, alhamdulillah..ada juga. Pergi cari Cd window, semua kedai jual yang ori, ingat paling murah 2 ratus je, rupanya 5 ratus lebih..sakit jantung tengok harga, terus tak jadi beli. Cari dekat Billian, sebab ingat dulu masa zaman sekolah dulu, cari cd cetak rompak dekat situ, tapi sekarang dah tak de kedai komputr atau kedai cd, banyak kedai aksesori handphone je. Lain dicari, lain yang dijumpa, dekat Billian ada jual pakaian kanak2 dengan harga yang murah dengan kualiti kain yang ok. Alhamdulillah, ada juga rezki anak-anak. Dengar orang bangsa cina cakap guna dialek kelate sesama bangsa dia, rasa macam indahnya negeri kita. Singgah makan CPT dan mi kuah dekat padang merdeka. Hirup je kuah..terimbas kenangan masa zaman dulu-dulu. Boleh hirup kuah je, sebab mi semangkuk 'dikongke' Qaisara sorang je.

Malam tu, kita pergi makan angin pantai PCB. Rasanya, selama ini, kita tak pernah lagi keluar malam dekat PCB, first time makan ni.. macam jauh je dengan rumah. Meriah betul, kedai-kedai makan sederet, tak tahu nak pilih yang mana. Kami buat pilihan Restoran Cinta Selera, tujuan utama nak rasa aiskrim nyor yang popular dan menjadi pencetus kepada aiskrim lesung batu, aiskrim timba, aiskrim baldi...adoi,  macam2. Boleh dikatakan semua deretan kedai makan dekat situ ada sediakan menu aiskrim nyor.



Pilihan ayah

Pilihan Kak Long

Tengah memilih

Pilihan kita
Pilihan hubby, maggi ketam RM18, Kalau RM25 udang dan ketam dia besar sikit daripada yang ni

Hari ke-6 bersiap untuk balik Puncak Alam.
Abang nangis2, nak duk kampung lagi.
Kita pun rasa berat je hati, tapi nak buat macam mana..
Melihat ma&ayah dan ma &abah yang makin tua dan selalu sakit-sakit...rasa nak cari kerja dekat kg je.

InsyaAllah, dekat raya nanti kita balik lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...