Pages

27 July 2015

Adik

Lepas balik kampung, kain-kain tak berlipat, tak tersimpan berbukit-bukit. Pening tengok pakaian, ingat time hujung minggu ni la nak susun betul-betul yang mana selalu pakai, yang mana tak akan pakai dan yang mana baju anak-anak yang dah tak muat, simpan atau bagi dekat anak saudara.

Tapi kan..tiap kali ummi masuk bilik pakaian nak kategorikan pakaian semua tu.. belum duduk lagi.. adik datang.

Qaisara: Mi buat ape?
Ummi : Ummi nak susun pakain ni. Adik nak buat apa dekat sini? (dengan muka berkerut)
Qaisara : Adik nak olong ummi je.
Ummi : Tak ade apa yang adik boleh tolong, jom la kita pergi dekat luar. Tengok abang buat apa dekat luar tu. (Terus tutup pintu bilik pakaian)

Bila teringat balik, rasa lucu pula. Patutnya ummi bersyukur la ada orang nak tolong, kesian adik datang nak menolong.

22 July 2015

Hari Raya Puasa 2015


Tahun ini, kita berkelabu ye..


Semua pergi sembahyang raya, adik paling excited sembahyang raya dengan telekung barunya..

Balik dari sembahyang raya, terus singgah rumah cik tie.


Bergambar dengan sofa baru cik tie


Banyak tempat singgah, tapi tak bergambar, yang atas ni rumah mertua za, saja selang selikan kelabu dan oren terang, nak bagi timbul sikit colour kelabu yang tenggelam. Family kak long pun oren cerah.

Lepas hubby solat jummat, balik beraya rumah mertua. Buat BBQ, goreng bihun..makan adik beradik, esoknya raya ke2 buat aqiqah dan cukur jambul anak buah hubby.



Comel sangat Ziqri senyum


Pagi raya ke3, beraya rumah paksu. Lepas tu beraya rumah sepupu hubby dan kawan hubby.




 Raya ke-4 beraya di rumah bakal pengantin, ni on the way ke rumah bakal pengantin la ni, singgah di Masjid Lama kg Laut.

Skirt tersingkat la pulak.. bergambar dengan Mirah dengan kurung moden corak harimau bintang..hehehe 
Ni la pasangan bakal pengantin
Keluarga besar makin membesar, bila dah berkeluarga sendiri,tak dang nak kumpul untuk bergambar, masing-masing ada kerja dan urusan masing-masing. Jadi, mana yang sempat, snap je pic, untuk kenangan bersama..

Tema colour :
2009 - x dang nk bertema
2010 - krim dan biru muda, recycle baju kahwin
2011- ungu cerah
2012 - biru gelap
2013 - hijau lumut
2014 - ungu gelap
2015 - kelabu

13 July 2015

Masa Muda

Masa zaman muda-muda dulu, rasa bestnya drama ni, ajok ma join sekali tengok, ma kata ma tak minat, kalau ma tengok pun, tengok hiasan rumah je dalam drama dekat tv tu.

Bila umi dah berfamily, ada anak-anak ni, baru faham apa ma cakap tu. Kita tak akan rasa bila kita tak lalui sendiri. Drama hanya fantasi, kehidupan sebenar ialah realiti hidup, memang tak sama. Kalau drama kisah benar pun, pengarah tukar juga sedikit sebanyak jalan cerita, untuk bagi penonton tertarik untuk tengok. Rasa masa muda-muda dulu banyak buang masa benda yang 'laro'..

Masa muda, rasa banyak je masa untuk tengok drama-drama tv, tidur lepas subuh, window shopping separuh hari dan buang masa main monopoli dengan adik-adik. Bila dah berkeluarga, rasa masa terhad sangat, banyak benda lagi kena buat, baru faham, kenapa ma 'sokmo bobel' dekat anak-anak dara dia.

So, hargai masa sekarang..




8 July 2015

Melayu Mudah Lupa

Manusia amnya, melayu khususnya.. mudah lupa dengan rahmat Allah bila berada di 'Zon Selesa'.

6 July 2015

Redha

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.- sumber: al-azim

Kata redha, tapi kenapa masih menangis?
Kata kaunselor, "menangislah, sebab menangis boleh bagi kekuatan untuk teruskan hidup dengan lebih tabah dan kuat semangat."

Selalu fikir redha diri sendiri sahaja, redha Allah macam mana? manusia ni selfish betul.

Bagi anak yang belum kahwin, radha Allah terletak pada redha ibubapa.
Bagi perempuan yang dah kahwin, redha Allah terletak pada redha suami.

Jadi, dengarlah cakap suami, walaupun rasa tak betul, mungkin betul dari sudut lain, kena selalu ingat, redha Allah terletak pada redha suami.

Ingat juga..janji Allah itu PASTI.

-LOVE you, B-

2 July 2015

Penuh harapan



Masih mengharap surat yang akan kuterima,
satu berita yang menggembirakan,
walaupun dah dimaklum,gagal.

1 July 2015

Beraya dgn braces lagi

Tahun ni,tahun ke3 ummi berbraces.ingtkn  raya tahun ni dpt senyum tanpa besi.rupany ada lagi.setia btl.

 Motivasi hari ini:

ALLAH menduga kita,bersabar, usaha dan berdoa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...