Pages

27 Julai 2015

Adik

Lepas balik kampung, kain-kain tak berlipat, tak tersimpan berbukit-bukit. Pening tengok pakaian, ingat time hujung minggu ni la nak susun betul-betul yang mana selalu pakai, yang mana tak akan pakai dan yang mana baju anak-anak yang dah tak muat, simpan atau bagi dekat anak saudara.

Tapi kan..tiap kali ummi masuk bilik pakaian nak kategorikan pakaian semua tu.. belum duduk lagi.. adik datang.

Qaisara: Mi buat ape?
Ummi : Ummi nak susun pakain ni. Adik nak buat apa dekat sini? (dengan muka berkerut)
Qaisara : Adik nak olong ummi je.
Ummi : Tak ade apa yang adik boleh tolong, jom la kita pergi dekat luar. Tengok abang buat apa dekat luar tu. (Terus tutup pintu bilik pakaian)

Bila teringat balik, rasa lucu pula. Patutnya ummi bersyukur la ada orang nak tolong, kesian adik datang nak menolong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...