Pages

13 Julai 2015

Masa Muda

Masa zaman muda-muda dulu, rasa bestnya drama ni, ajok ma join sekali tengok, ma kata ma tak minat, kalau ma tengok pun, tengok hiasan rumah je dalam drama dekat tv tu.

Bila umi dah berfamily, ada anak-anak ni, baru faham apa ma cakap tu. Kita tak akan rasa bila kita tak lalui sendiri. Drama hanya fantasi, kehidupan sebenar ialah realiti hidup, memang tak sama. Kalau drama kisah benar pun, pengarah tukar juga sedikit sebanyak jalan cerita, untuk bagi penonton tertarik untuk tengok. Rasa masa muda-muda dulu banyak buang masa benda yang 'laro'..

Masa muda, rasa banyak je masa untuk tengok drama-drama tv, tidur lepas subuh, window shopping separuh hari dan buang masa main monopoli dengan adik-adik. Bila dah berkeluarga, rasa masa terhad sangat, banyak benda lagi kena buat, baru faham, kenapa ma 'sokmo bobel' dekat anak-anak dara dia.

So, hargai masa sekarang..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...