Pages

3 Ogos 2015

Hari Keluarga TNBJ 2015

Hari minggu yang lepas..
Kita sekeluarga di majilis anugerah/ sambutan raya / hari keluarga abi yang berlansung di Swiss Garden Resort, Perak.

Selalu, kalau acara sukaneka dan kutip hadiah ni..abi yang paling teruja, anak-anak biasa saja. Ummi yang rasa tak selesa dengan tema dan tempat, rasa rosak mood. Nak gerak pun malas. 

Kebanyakkan acara berlangsung serentak, jadi abi tak boleh sertai semua bahagian. Abi minta ummi sertai ukir buah tembikai. Ummi tolak sebab takut jadi hancur buah tembikai tu.

Masa berlalu, abi hilang dekat sejam, dalam masa tu..ummi terfikir..abi dah lama nak bawa kami ke majlis macam ni, tapi ummi buat muka tak puas hati pula bila sampai, kesian abi..dia tengah sertai apa pun sekarang ummi tak g tengok. Setengah jam lebih, acara ukir tembikai bermula..ummi tekad nak join.  Google images ukir tembikai yang selain bunga, sebab ummi tahu, klu ummi ukir bunga, nanti jadinya, kelopak bunga hancur.

Akhirnya, ada juga benda yang selain bunga.. abang tolong pegang handphone abi tu, untuk ummi tiru bentuk .... Akhirnya, semua orang excited tengok ummi ukir buah tembikai dengan tangan terketar-ketar. Abang yang menjadi penguat semangat ummi untuk teruskan. 

Abang - "Wah, hebatnya ummi! Betullah tu ummi buat."

Hakikatnya..Tak berseni pun ukiran ummi, tapi janji nampak bentuk nak buat apa.

Bila dah nampak bentuk, abi sampai.. suka sangat abi tengok ummi tengah ukir buah tembikai. Abi sertai permainan karom rupanya. 


Alhamdulillah.. akhirnya ummi dapat mengembirakan abi dengan penyertaan ummi tu walaupun tak juara sekali pun.

Jeng-jeng-jeng..ummi tunjuk bakat terpedam.
terpendam lah sangat.

Cuba teka, yang mana 1 ummi ukir?



Peserta 16 orang..Bila diumumkan pemenang, mc panggil nama dari belakang, bermula 16.. yang ke 15..nama ummi dipanggil, hilang dah gemuruh lepas dipanggil.huhuhu. Boleh la tenangkan diri, sementara tunggu nama abi pula dipanggil. Abi cakap, dia juara karom.


Tup..tup..no 4 untuk acara ukir tembikai, Aik! Biar betul ni..nama ummi dipanggil berkali-kali..nak g ambil hadiah ke tak ni, tadi dah dapat hadiah no 15, patutnya sorang 1 hadiah sahaja. Cakap dekat mc, dia tak berapa faham, last-last ambil juga. Lepas tu abi dah bagi balik hadian yang no 15 dekat mc.


Ni hadiah terkumpul kita
Hadiah cabutan bertuah, dapat mug..ummi paling suka, sebab memang niat nak beli set mug macam tu, tapi kalau boleh nak set 6, tapi set 4 pun ok la, benda free kan.
Tapi kan, sebab kan keterujaan dan sifat nak menunjuk sangat, 1 mug dah tergolek jatuh dan pecah. rupanya rak sangkut mug tu kena balance kan. Padan muka ummi...huhu, sedih..dah tinggal 3 mug.

9 hadiah paling grand hari tu,  tv sony 52 inci kot..nampak besar sangat..pastu handphone samsung pun ada .. Untung ler sapa dapat ..senyum memanjang deme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...