Pages

12 October 2015

Iklan

Di suatu malam, umi tengok pencuci pinggan Sunlight dah habis. Umi pergi ambil yang baru, untuk cuci pinggan mangkuk yang penuh sink. Datanglah abang Bukhari sedang perhatikan umi pegang sabun Sunlight.

Abang Bukhari : aik, umi guna sabun ni?
Umi : ye la, knp?
Abang Bukhari : Mesti tak senang.
Umi : Kenapa pulak tak senang?
Abang Bukhati : Tengok iklan dalam tv kata tak senang dengan sabun hijau ni. Abang nak tengok umi buat.

Umi mula mencuci, dengan setitik sabun, boleh cuci banyak pinggan. Dengan bangganya umi buktikan kepada abang Bukhari.

Umi : Umi senang je dengan sabun ni.
Abang Bukhari : Ye lah!!(dengan excited) Habis tu kenapa iklan cakap tak senang yang ni.
Umi : Iklan tu nak bagi orang beli yang sabun kuning tu, sebab tu dia cakap macam tu.

Abang Bukhari : Abang nk buat la.
Umi : Tunggu abang tinggi sikit lagi, sink ni tinggi, nanti basah abang kena air sabun ni.
Abang Bukhari : Baiklah.


6 October 2015

KepadaMu ya Allah

Kita solat, tapi sering juga buat dosa.
Pastinya solat kita tidak kusyuk.
Takut nanti, kita mati dalam sia-sia.

2 October 2015

Raya Korban 2015


Tahun ni dapat balik raya haji, excited sangat sebab tahun ni ummi ambil 1 bahagian untuk korban.

Lembu Korban tahun ini

Ambil peluang bergambar dengan ma (MIL)


Baby Ziqri yang tak cam baby dah

Hasil Kebun abah & ma

Beli dekat Bazar Tok Guru

Nampaknya check list to do during raya banyak tak ter'tik', kena buat lebih banyak persediaan lagi. Perancangan mesti lebih terperinci.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...