Pages

22 December 2016

Alternatif Bila Kek Nozzle Hilang

Ummi ni semangat nak buat apa-apa guna nozzle yang baru beli dekat daiso.RM5 dapat plastik dia 12 keping dan 3 jenis nozzle lain-lain acuan.

Hari sebelum tu buat kek, dan hias kek guna nozzle corak bintang, pastu lepas basuh letak dalam botol-botol susu yang baru basuh. Disebabkan banyak sangat bekas untuk letak botol susu kosong, ummi ambil 1 plastik besar, letak semua botol-botol susu, termasuk sekali nozzle bintang.
Pastu..hilang ingatan..lupa ke mana. Tengok-tengok dalam plastik dah tak jumpa nozzle kesayangan.

Alternatif bila nozzle nak buat cream puff hilang..

Cream cair, kena banyakan latihan lagi



Sebab ummi dah rancang nak buat, masa rehat hari Jummat ummi cepat-cepat balik rumah sediakan bahan, tup-tup cari nozzle dalam plastik besar tak jumpa. Masa berlalu, tengah kelam kabut cari, jumpa plastik jelly cumi ni. Okey la kan dari tak de langsung. Kejadian puff cam dah ok, cuma bentuk cam nipis sikit mungkin cara paip adunan. Lain kali ummi nak buat lagi. Kena belajar buat cream dia supaya jadi lebih pekat dan rasa kastad. 


20 December 2016

Jom Shopping dengan Shopback

Siapa kaki shopping?
Nak harga berbaloi-baloi?
Jom shopping online.

Selalu fikir, macam mana ada orang tawarkan harga lebih murah dari lazada atau zalora dll rupanya ini rahsia.
jeng..jeng.. jeng

Rupa-rupanya melalui shopback, dengan shopping melalui shopback, anda akan dapat semula sehingga 12% daripada harga barang yang anda beli. Kalau tidak percaya, cubalah. Tak perlu bayaran pun untuk pendaftaran, malah register dan anda shopping je terus dapat bonus, tu belum plus bayaran semula dari harga barang yang kita beli lagi.
Memang berbaloi-baloi.

Klik link bawah untuk register, hanya masukkan emel dan password.


Lepas dah register, jangan lupa login dan pilih website yang anda nak shopping tu. Lepas tu,shopping macam biasa. Selepas je bayaran dibuat, terus dikreditkan ke akaun shopback.

19 December 2016

3D Art Galleri Sitiawan

Alhamdulillah, sampai lagi kita di Seri Manjung, lepas pantang 2 bulan lebih di kampung, terasa nak keluar jalan-jalan. Kesempatan seminggu di rumah hubby, kita pergi berkunjung ke 3D Art Galleri Sitiawan. Tak jauh dari Seri Majung. 3D Art Galleri Sitiawan ini dalam bangunan baru 3 tingkat, bangunan baru siap berhadapan dengan bangunan Honda Setiawan.



Kenapa abang Bukhari dah jadi kecil ni?

Terkejut Doreamon, ada manusia keluar dari laci meja Nobita.





Dunia keajaiban



3D Art Galleri Sitiawan, 
Address: 72, Jalan Megah 1 | Tmn Mewah AmanSitiawan 32000Malaysia


14 December 2016

Pavlova di rumah k.i.t.a


Cubaan pertama, kena banyakkan latihan lagi, Apa yang sedap.. buah kiwi dan anggur merah tu manis sangat.






Shopping Baju Sekolah di Pasaraya MU

Dah beli baju uniform sekolah anak-anak?

Tinggal lagi 2 minggu lebih untuk sesi sekalah tahun 2017. Sekarang musim sibuk beli kelengkapan sekolah anak-anak. Kali ini, kami beli pakaian sekolah abang Bukhari di pasaraya MU, bersebelahan pasaraya NSK Meru. Perancangan nak ke Pasaraya Hari-Hari, alang-alang lalu dekat situ..singgah lah, kononnya nak survey harga. Umi pula yang rambang mata, tengok kualiti dan harga barang berbaloi-baloi. 

Beli la sepasang baju sekolah agama, sepasang baju sekolah kebangsaan,sepasang kasut dan stoking, dan juga seluar sukan. Tapi kan, rasa menyesal pula beli sepasang, ingat nak pergi lagi..sebab lepas tu survey dekat tempat lain, pasaraya MU yang terbaik dari segi harga dan kualiti.
Pasaraya MU banyak cawangan, kebanyakan pekan kecil di negeri Selangor ni ada.

RM 10.++ sepasang

Hujung bulan ni nak pergi lagi Pasaraya MU beli sepasang uniform sekolah abang Bukhari 😀.

8 November 2016

Masak-masak

Cabar diri dengan buat sesuatu yang kita rasa suka dan best. Macam contoh pandai jahit baju ke, pandai makeup cantik2 ke, pandai masak benda yang sedap-sedap ke.. tu la impian ummi. Zaman sekarang ni, kalau nak sesuatu, boleh je dapat, janji usaha dan rajin.

Cuma sekarang ni, masa..

Baru terasa, masa muda-muda dulu aku ni selalu membazir masa yang ada, sekarang baru lah terasa.. untuk tidak menyesal kemudian hari nya pula..ummi curi-curi juga masa buat apa yang ummi rasa nak buat. Alang-alang cuti bersalin lama..

Mencuba lah ummi, masak ..

Homemade Aiskrim
 



Polkadot cupcake
Cubaan pertama
Cubaan kedua

Polkadot cawan ni menarikkan? tapi rasa dia x gebu, keras..adoi..banyak kali buat, tetap rasa sama. yang ni umi buat untuk hari terakhir Bukhari dan Qaisara last belajar di taska al-Widad dekat kampung.

Kebetulan ma dah nak tutup kedai runcit dia, jadi banyaklah stok susu cair. Boleh banyak bekas juga. Rasa dia tak kurang hebat juga dengan rasa aiskrim berjenama. Berbaloi kot kalau orang nak berniaga.

Kek Coklat Berhantu



Masa berpantang di kampung, dang la pusing-pusing kota Bharu cari barang untuk jualan dekat kios ma, dan umi telah jatuh cinta dengan kedai barangan kek CitaRasa. Macam-macam ada dekat situ, mulalah idea macam-macam nak buat, kebetulan tengan viral kek coklat berhantu. 


Hari-hari terakhir umi di kampung, sempat lah umi buat 6 bekas kecil kek coklat berhantu. Coklat lupa nak beli, guna coklat yang mana ada dekat rumah je. Rasanya..memang berhantu. Ada kawan berniaga dekat rumah sahaja buat kek ni dan macam-macam lagi kek-kek yang sedap-sedap,( jelous i u hari-hari masak kek..)


                                         Donut

Donut adalah sejenih kuih yang susah sangat umi rasa nak buat..kena banyak belajar lagi. Tapi anak-anak dan hubby makan je. Qaisara pun selalu request walaupun tak segebu orang lain buat.

Butir Nangka

Beli halba, tapi tak tahu nak masak apa, selain letak dalam nasi dagang, teringat butir nangka, seap juga. Umi suka kuih-kuih bersantan dan bau daun pandan ni. Kebetulan mak mertua ada bawa dari kampung daun pandan, tengok segar lagi.


Kek Coklat Bertopping Krim Keju
Tinggal rajer kek untuk Birthday Girl

Kakak Qaisara selalu request nak kek coklat, umi rasa dah bosan topping coklat, jadi umi tukar topping keju pula. Tapi kesian, Birthday Girl tak sempat potong kek. Lain kali umi buat lagi.

Banyak lagi senarai umi nak cuba buat, kalau tak try tak tahu susah ke senang, sedap ke tak sedap..
Kadang-kadang, kita dah ikut resepi, tapi cara kita sediakan lain yang asal buat, jadi lain juga..Jadi kena banyak kali cuba, tengok resepi guna youtube dan tanya orang berpengalaman.

Dialog anak-anak:
"Untung abi dapat isteri macam umi ni, pandai masak, sedap-sedap pula tu."

(Adoi la anak, bijak sungguh anak-anak umi ni berkata-kata, pandai pancing. Ni yang buat umi rasa serba salah kalau tak masak bila anak-anak dan hubby request).

Dan satu lagi umi dapat belajar masa di kampung, masa kita boleh dapat dengan selalu solat di awal waktu, In sha Allah, cubalah.

1 November 2016

Teruja

Bila mana aku terserempak dengan bloggers yang sering aku ikut perkembangan blog orang tu, rasa cam over excited pula macam tengok artis.

 (Macam penceritaan lama pula bila guna bila mana, tu belum hatta lagi, masa budak-budak dulu, bila jumpa perkataan hatta, tercengang sekejap, apa perkataan ni.

Kalau plural untuk blogger jadi bloggers lah kan)

Bertambah excited lagi bila mana dalam sehari aku terserempak 2 orang blogger dekat tempat yang aku sering pergi. Maksudnya, lain kali aku akan tersempak lagi dan lagi. Mula pasang angan-angan nak tegur bloggers tu.

Rasa macam nak tegur, nak dengar ayat dari percakapan dia tu sama tak dengan ayat-ayat dia tulis dalam blog.

(Of course la tak sama kan, tak kan dia nak ulang cakap apa yang dia tulis dekat blog.)

6 September 2016

Berjaga Malam - Minyak Herba Asma Mujarab

Assalamualaikum..

Cerita pasal anak-anak memang tak habis, macam-macam ragam. Bab baby pula, selalu kalau jumpa rakan-rakan atau woreh woroh, mesti soalan ditanya;
" Anok jogo male tak?"

Ummi ni berlagak sikit, jawab..

"Jago jugok time nak nak nyusu, kenye..tido balik. Tak banyok khenoh."

Tup-tup..baby Nasuha tak tidur malam sampai subuh baru tidur. Ummi dah macam 'panda kusut' dah. Tu la berlagak sangat. 

Ma ummi cakap, baby ni cepat kembung..malam jadi tak selesa nak tidur. Macam-macam minyak cuba, telon tak telon..semua tak lus.Sebelum tidur, ma akan urut badan baby Nasuha, baru lah boleh tidur sikit, tu pun tak lama. Ummi pum jadi 'panda' lagi tiap hari. Sehingga lah ma ummi try urut dengan Minyak Herba Asma Mujarab, harga RM 39. Minyak ni adik ummi dah jadi agent jualan, lepas dia guna dekat anak dia..berkesan. Rasa berbaloi dengan harga.

Bila dah selesa tidur malam. Bangun pagi pun, baby Nasuha bangun dengan ceria. Ummi pun bahagia dan terharu..huhuhu. Jadi, untuk elak ummi jadi 'panda' dekat office nanti, ummi perlu dapatkan Minyak Herba Asma ini sebelum balik Selangor.




Alhamdulillah, ubat hanya asbab, kesembuhan datang dari Allah swt.


1 September 2016

Semangat Baru

Dah lama tak tengok cerita Jepun, rasanya cerita-cerita jepun yang ummi tengok semua memberi inspirasi dan semangat baru dalam diri. Suka sangat jalan cerita dan pemikiran orang-orang Jepun ni. 
Terbaru, ummi tengok cerita Little Forest | Summer dan Auturm . Walaupun cerita dia macam bentuk dokumentari, tapi ummi tengok berkali-kali tak membosankan. Banyak memberi pengajaran untuk ummi teruskan hidup.


Ichiko menikmati makanan bersama mak dia


Apa yang ummi belajar :
  • hargai dan bersyukur dengan apa yang ada. 
  • menggunakan apa yang ada di sekeliling kita sepenuhnya.
  • menikmati makanan walaupun hidup sendirian.
  • makan makanan berkhasiat - amalan pemakanan organik.
  • berani
  • usaha, cekal dan rajin akan mendatangkan hasil

Nota
Kita sering lupa orang di sekeliling kita adalah orang penting dalam hidup kita, bila mereka telah tiada, baru kita menyesal untuk berbuat baik dengan mereka. Hargai lah mereka dengan kasih sayang.

31 August 2016

Berpantang

Hana Nasuha


Perkenalkan ahli baru keluarga k.i.t.a. Hana Nasuha, anak Selangor. Masa dekat kampung dah ni, balik berpantamg di kampung. Sekarang Nasuha dah botak..rasa cepat sangat dia membesar.

Cerita pasal ummi berpantang di kampung..

Sapa kata berpantang tak best, hari-hari layan Hana Nasuha, tengok tumbesaran dia depan mata sendiri. Bila baby kita senyum rasa tersentuh hati, ye lah..perasaan ibu-ibu ni. Macam-macam fikir. Adakah ummi dah buat terbaik untuk anak ummi ni? Anak ummi kembung perut ke? Semut gigit ke? Nyamuk ke?  Panas ke? Sejuk ke? Sakit dekat mana?

Sapa kata berpantang tak best, best apa. Hari-hari makan ikan selar bakar, sampai sekarang ummi tak bosan pun dengan ikan bakar. Tapi ummi main tipu juga kadang-kadang, ye la..tergoda juga kita bila buka saji tengok hidangan lain. Ambil sikit je pun, untuk rasa. Tapi bila sedap, bukan sikit..pastu bila bengkak/sakit tempat luka, baru lah nak berpantang.

Antara minuman hari-hari semasa berpantang, kopi-o cap badak keluaran orang kampung dan susu kambing walit. Kopi ni ummi suka sebab selain rasanya sedap, wangi dan dijamin halal..boleh juga buat kopi susu, lagi sedap. cicah dengan roti bakar. Sesiapa yang susah nak dapatkan kopi-o keluaran orang melayu, boleh kirim dengan ummi sebelum ummi balik Selangor. Susu kambing Walit ni sedap juga, tambah milo lagi sedap, biasa ummi makan dengan kurma.




Sapa kata berpantang tak best. Best apa, drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz tak missed tengok. Belum Arin nangis, ummi dah nangis. Sampai bengkak mata ummi. Adoi, jiwang betul. Kalau tak berpantang, rasanya dok tengok rancangan kartun je lah hari-hari.



Sapa kata berpantang tak best. Berpantang di kampung, bermakna semua kerja rumah ma buat. Kesian tengok ma buat semua kerja.. tak mampu nak tolong ma kemas rumah, di tambah dengan anak-anak yang tak dok diam, lagi tambah penat ma ummi. Kerja ma bertambah berkali-kali ganda, dengan nak siapkan makanan untuk ummi lagi. Ummi cuma mampu tolong buat kerja yang tak banyak pergerakan. Nak kejar anak-anak lagi lah tak termampu, Bukhari dan Qaisara dah makin panjang akal sekarang, selalu cari helah nak turun main rumah sepupu dia dekat sebelah. Hari-hari susah benar nak tengok batang hidung mereka berdua tu. Malam baru nampak. Tinggal ummi dan adik Nasuha dekat rumah.

Melekat je 3 dara ni

 Bosan? Tak bosan pun, sebab dalam pantang pun boleh kerja, jadi kerani ayah buat kira-kira. Sambil-sambil surfing dan shopping online. Lagipun baby Nasuha banyak tidur siang, malam berjaga. 

Buat kira-kira, asal keluar total je..orang lain tak faham x pe


Sapa kata berpantang tak best. Sambil-sambil surfing pun dapat buang lemak. 


Terima kasih ma, sebab banyak tolong kita, tak terhitung banyaknya apa yang telah ma buat untuk kita senang, sihat, bahagia dan mudah. 

14 August 2016

Persediaan

Dalam apa-apa persediaan yang ummi buat, selalunya rasa hampa, menyesal..rasa nak ulang balik peristiwa untuk buat persediaan semula.

Benda dah tahu kena buat apa, tapi tak buat persediaan elok-elok. Menyesal tak sudah. Mungkin rasa, masa belum tiba lagi. Masa tak tunggu kita bersedia baru berlaku.

Nota Hidup:
Adakah ummi dah buat sehabis baik untuk persediaan mati, sebab mati tak boleh ulang balik.

18 July 2016

37 minggu kandungan

Checkup hari ni..

Misi cakap, kalau kerap sangat baby mengeras, kena pergi hospital, walaupun tak rasa sakit sangat, sebab tanda baby turun dah tu.
Glupp..tertelan i liur..
Baby dah mula kerap mengeras dari minggu lepas lagi. 
Doktor kata, berat baby anggaran 2.7 kg. 
Alhamdulillah, umi harap baby membesar dengan sihat.

Di usia kandungan 37 minggu..

Banyak lagi kerja tak terbuat, setiap kali baby mengeras, mesti nak rehat, terbaring mengiring. Tidur tanpa gangguan. Kesian pulak anak-anak, biarkan diarang main tanpa pengawasan. Dah lama tak semak buku pelajaran abang Bukhari. Dah lama tak mengajar mengaji anak-anak.

"Mi, telur pecah."
"Mi, adik main sabun."
"Mi, temankan abang ambil air sejuk."
"Mi, cepat..takak tak tahan. Tolong buka lampu."
"Mi, lapar lah."

Cukup dengan aktiviti di rumah bersama dengan anak-anak sahaja. Barang persiapan bersalin tak kemas elok lagi, kemas-kemas sebelum ni, rombak balik, sebab nak guna. Kemas-kemas, rasa cam tak cukup besar pula beg baby.

Kakak nak jaga baby katanya.

Rumah pula, rasa nak bersiap juga , raya kan sebulan, langsir dah koyak ingat nak tukar baru, jahit dekat Nilai 3  minggu depan, sempat ke?

Nak buka braces sebelum bersalin, sempat ke?

Nak beli peti sejuk sebelum bersalin, standby untuk simpan stok IBM nanti, hemm..baru je sampai, tu pun beli dengan kelam kabutnya. Umi dah tak larat nak survey harga. Pergi giant seksyen 13, Shah Alam.. kebetulan peti sejuk idaman diturunkan harga. beza dalam RM400 harga dari kedai-kedai lain, lumayan tu, tapi seminggu baru boleh hantar, sebab ramai sangat nak guna penghantaran minggu tu, tapi takut umi bersalin awal, kiranya cancel. pergi Jusco Shah Alam, Giant seksyen 7, last-last beli dekat kedai elektrik, Seksyen 7, Shah Alam, harga kurang RM 350 dari kedai biasa..kiranya tetap lumayan juga, tauke kedai tu pun boleh hantar segera. Bila dah ada, kosong sangat pula, tak tahu nak isi apa.

Rasa nak masak sedap-sedap untuk anak-anak dan suami sebelum berpantang. Tapi buka peti sejuk, tak tahu nak masak apa.

Teringin nak tengok seluruh rumah kemas.

nota: Semua duniawi, perlu ingat juga,mati tidak mengenal usia. Persiapan ke arah kematian jangan dilupakan. 


Raya k.i.t.a 2016

Raya Pertama

Raya Puasa di hari pertama, tanpa suami..
Rasa macam tak best je bergambar tanpa suami di hari raya.
Lepas solat, dengan telekung sembahyang, terus ke rumah cik T.



Anak-anak cik Ngoh dan cik T

Unitnya kami adik beradik bersalin anak sulung lelaki bulan 12, dan anak kedua perempuan bulan 10.


Terima kasih cik T, masak nasi tomato yang sedap, makan tanpa malu-malu. Nasib baik hubby pun makan nasi tomato dekat tempat kerja dia, tak lah rasa sebak sangat makan nasi tomato tanpa suami sebab dia pun makan menu sama, dan ada menu lain yang lebih sedap.

Lepas raya rumah cik t, bersiap pergi beraya rumah adik beradik ma ayah.

Malam, abe long dan k long jemput ke rumah makan steamboat. Semua excited, serang!!!...
Kalau makan best-best ni, mesti teringat dekat hubby, sebab dia suka makan.















Raya Kedua

Raya kedua biasanya memang tak ke mana, tunggu tetamu berkunjung ke rumah pula, memang selalu macam tu.

Raya Ketiga

Boleh rehat kejap, pastu pergi kenduri..biasa raya ke3,4,5 ni banyak sangat kendurinya.
Lepas asar, hubby sampai rumah, belum sempat duduk pun, terus ajak hubby pergi beraya dekat rumah pak su. Malam rumah sepupu pula..

\




Raya ++
Selepas balik beraya rumah mertua, terus hubby tanya untuk buat makan steamboat macam raya pertama.



Nasib baik barang mentah  k long ada lagi simpan, nak harap kita beli barang-barang mentah macam k long sediakan sebelum ni memang tak la, sebab rasa malas nak singgah mall. Harap ada pasar basah je boleh beli udang. Licin. Alhamdulillah. Kenyang sangat di hari raya.

Makanan nak habis baru famili paksu sampai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...