Pages

10 Mei 2016

Gestational Diabetes (GDM)

Entry post kali ini nak cerita pasal diabetes umi, kalau ikutkan keputusan MGTT, tak de lah tinggi sangatkan 8.2 mmol/I bacaan berbandingan 5 tahun lepas 9.8 mmol/I. Disebabkan ada sejarah Gestational Diabetes (GDM), umur pun dah 3 siri, dan keputusan MGTT merah, jadi tetap kena buat pemantauan glukosa dalam darah (BSP) 2 minggu sekali.

5 tahun lepas terasa sangat tahap kencing manis tinggi, rasa kulit kering terlampau, minum air banyak pun tak terasa. Tapi kali ini okey je, walaupun tak berdiet sangat, malas nak berdiet, nanti berat badan susah nak naik. 

Misi dah bagi siap-siap jadual kena buat BSP untuk bulan puasa
Sebenarnya, rasa malas nak ulang alik klinik buat BSP, bukan seronok pun kan, tambah-tambah kena cucuk dekat lengan untuk cegah kancing gigi..rasa hilang mood. Lengoh tangan sampai keesokan harinya. Kebetulan hari cucuk dan buat BSP.. Qaisara nak ikut, tak nak pergi sekolah, demam katanya. Jadi ulang alik pergi klinik 4 kali hari tu, tak sempat dia nak tidur tengahari. Petang makan bihun goreng dengan Qaisara dan 2 keping kek marble Fuji.. bila check rendah pula bacaan.

Tanya misi, bulan puasa kena buat BSP lagi ke? Kena buat juga, 3 kali sahaja, tapi yang last, kul 10 malam . ( Pukul 10 malam di bulan puasa, macam dah tidur dah time tu.) Macam mana pun, memang kena beli lah alat cek gula dalam darah, survey-survey..harga dalam seratus. Rasa baik beli dari ulang alik, minyak kereta lagi, letih badan lagi, masa lagi.

Sebelum ambil bacaan BSP untuk pukul 8 malam, cepat-cepat singgah farmasi An Ni'sa, Selepas beli, alat bacaan gula, terus pergi klinik kesihatan ambil bacaan, rasa suka hati..saja nak bagitahu misi, 'Nurse, saya dah beli alat ni.' bangganya rasa, kembang hidung yang sedia kembang. Adoi, macam budak-budak rasa..saja nak gembirakan hati. Selesai sudah untuk BSP hari tu. Badan pun dah letih, rasa penat, lapar dan mengantuk.

umi : abang lapar tak. abang nak makan apa?
abang : abang rasa nak makan mi sup.
umi : okey. singgah kedai makan dekat rumah kita lah.

ummi 1, abang 1..kakak tak lapar katanya
Kesian anak-anak umi, lepas makan terus tidur

Alat cek gula dalam darah dan alkohol pad
Di kesempatan anak-anak tidur awal, mencuba lah umi alat baru beli =)  masa beli tu kejar masa, tak sempat nak tanya cara guna, lagi pun nampak senang je. Harga alat tu sekali dengan 10 strips n 10 jarum RM100 dengan 5 tahun waranti, jenama Free Style, perasan juga jenama yang sama misi dekat klinik kesihatan guna, jadi tak risau sangat lah klu strip dah habis nanti,mudah untuk cari refillnya. Harga 50 keping strip dalam harga RM 98 dan alkohod pad 100 keping berharga RM7.80.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...