Pages

18 Julai 2016

37 minggu kandungan

Checkup hari ni..

Misi cakap, kalau kerap sangat baby mengeras, kena pergi hospital, walaupun tak rasa sakit sangat, sebab tanda baby turun dah tu.
Glupp..tertelan i liur..
Baby dah mula kerap mengeras dari minggu lepas lagi. 
Doktor kata, berat baby anggaran 2.7 kg. 
Alhamdulillah, umi harap baby membesar dengan sihat.

Di usia kandungan 37 minggu..

Banyak lagi kerja tak terbuat, setiap kali baby mengeras, mesti nak rehat, terbaring mengiring. Tidur tanpa gangguan. Kesian pulak anak-anak, biarkan diarang main tanpa pengawasan. Dah lama tak semak buku pelajaran abang Bukhari. Dah lama tak mengajar mengaji anak-anak.

"Mi, telur pecah."
"Mi, adik main sabun."
"Mi, temankan abang ambil air sejuk."
"Mi, cepat..takak tak tahan. Tolong buka lampu."
"Mi, lapar lah."

Cukup dengan aktiviti di rumah bersama dengan anak-anak sahaja. Barang persiapan bersalin tak kemas elok lagi, kemas-kemas sebelum ni, rombak balik, sebab nak guna. Kemas-kemas, rasa cam tak cukup besar pula beg baby.

Kakak nak jaga baby katanya.

Rumah pula, rasa nak bersiap juga , raya kan sebulan, langsir dah koyak ingat nak tukar baru, jahit dekat Nilai 3  minggu depan, sempat ke?

Nak buka braces sebelum bersalin, sempat ke?

Nak beli peti sejuk sebelum bersalin, standby untuk simpan stok IBM nanti, hemm..baru je sampai, tu pun beli dengan kelam kabutnya. Umi dah tak larat nak survey harga. Pergi giant seksyen 13, Shah Alam.. kebetulan peti sejuk idaman diturunkan harga. beza dalam RM400 harga dari kedai-kedai lain, lumayan tu, tapi seminggu baru boleh hantar, sebab ramai sangat nak guna penghantaran minggu tu, tapi takut umi bersalin awal, kiranya cancel. pergi Jusco Shah Alam, Giant seksyen 7, last-last beli dekat kedai elektrik, Seksyen 7, Shah Alam, harga kurang RM 350 dari kedai biasa..kiranya tetap lumayan juga, tauke kedai tu pun boleh hantar segera. Bila dah ada, kosong sangat pula, tak tahu nak isi apa.

Rasa nak masak sedap-sedap untuk anak-anak dan suami sebelum berpantang. Tapi buka peti sejuk, tak tahu nak masak apa.

Teringin nak tengok seluruh rumah kemas.

nota: Semua duniawi, perlu ingat juga,mati tidak mengenal usia. Persiapan ke arah kematian jangan dilupakan. 


Raya k.i.t.a 2016

Raya Pertama

Raya Puasa di hari pertama, tanpa suami..
Rasa macam tak best je bergambar tanpa suami di hari raya.
Lepas solat, dengan telekung sembahyang, terus ke rumah cik T.



Anak-anak cik Ngoh dan cik T

Unitnya kami adik beradik bersalin anak sulung lelaki bulan 12, dan anak kedua perempuan bulan 10.


Terima kasih cik T, masak nasi tomato yang sedap, makan tanpa malu-malu. Nasib baik hubby pun makan nasi tomato dekat tempat kerja dia, tak lah rasa sebak sangat makan nasi tomato tanpa suami sebab dia pun makan menu sama, dan ada menu lain yang lebih sedap.

Lepas raya rumah cik t, bersiap pergi beraya rumah adik beradik ma ayah.

Malam, abe long dan k long jemput ke rumah makan steamboat. Semua excited, serang!!!...
Kalau makan best-best ni, mesti teringat dekat hubby, sebab dia suka makan.















Raya Kedua

Raya kedua biasanya memang tak ke mana, tunggu tetamu berkunjung ke rumah pula, memang selalu macam tu.

Raya Ketiga

Boleh rehat kejap, pastu pergi kenduri..biasa raya ke3,4,5 ni banyak sangat kendurinya.
Lepas asar, hubby sampai rumah, belum sempat duduk pun, terus ajak hubby pergi beraya dekat rumah pak su. Malam rumah sepupu pula..

\




Raya ++
Selepas balik beraya rumah mertua, terus hubby tanya untuk buat makan steamboat macam raya pertama.



Nasib baik barang mentah  k long ada lagi simpan, nak harap kita beli barang-barang mentah macam k long sediakan sebelum ni memang tak la, sebab rasa malas nak singgah mall. Harap ada pasar basah je boleh beli udang. Licin. Alhamdulillah. Kenyang sangat di hari raya.

Makanan nak habis baru famili paksu sampai

Sofa L Shape

Konsep 'minimize' tidak menjadi bila saiz sofa yang dibeli besarnya separuh dari ruang tamu rumah k.i.t.a. Masa pergi tengok cam nampak tak besar sangat, tapi bila masuk dalam rumah..ayoyo, makan ruang sangat-sangat. Masa letak tilam saiz queen dekat ruang tamu tu pun tak nampak makan ruang macam sofa ni, apa pun dah beli, kena fikirkan yang positif. Selesa untuk ummi yang perut makin membesar, tapi tak tahu la untuk orang slim, sebab condong sangat bantal belakang sofa, sebab tu saiz dia lebih besar kot.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...