Pages

16 Februari 2017

Bekal anak 7 bulan

Assalamualaikum..

Labu


Sekarang ummi anak 3 ni belajar cara nak sediakan makanan bayi. Masa anak pertama dan ke-2 bagi nestum, ingat yang ke-3 ni nak try buat sendiri. Tapikan..

Kenapa cam kasar sangat kejadian bubur nasi untuk umur 6 bulan?


Nasuha * Bukhari * Qaisara
Tak boleh nak fikir macam mana bubur nasi boleh halus, google lah sikit. Macam-macam lah keluar, kena ada pengisar makanan bayi, goreng beras, mesin beras bagi jadi tepung beras.(kan baik guna tepung beras kalalu macam tu.) Ummi pun cuba lah, basuh dan toskan..pastu tunggu kering ..pastu macam beras tu jadi rosak, Adeh..cam tak berkesan. Ada juga guna cara tapis, guna lah penapis yang selalu ummi guna untuk tapis adunan buat caramel tu. Tapi penapis tu cam halus sangat lubang. Beli yang lubang besar sikit, tapi macam lambat juga hasilnya nak dapat yang halus.
Gambar di bawah hasil guna penapis.

Purre Labu ke Betik..lupa
Fikirkan nak beli pengisar makanan baby macam tak berbaloi. Guna untuk 2,3 bulan sahaja pun. Nanti baby dah besar dah tak pakai. 
Sudahnya ummi try blend dalam pengisar kering saja. Masih tak halus, try lama sikit macam ok je. Lagipun pengisar tu tak guna pun.

Nasi+carrot+ayam di dalam pengisar kering

Siap diblend

Bila dipindah dalam bekas cam nampak pekat

Tambah air suam sikit bagi cair dan kacau sebati

menu hari pertama minggu ke2 : nasi+kurma+ayam
menu hari ke-2 minggu ke2 : nasi+labu+ikan bilis
menu hari ke-3 minggu ke2 : nasi+carrot+ayam


Makanan kalau dikukus lagi elok dari direbus. Letak daun pandan sikit, wangi 1 rumah :) .


Nasuha 7 bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...