Pages

28 March 2017

Laila

Assalamualaikum

Bersua kembali kita di ruangan makan-makan yang buat ummi tambah rasa rindu kampung halaman. Baru balik kampung cuti sekolah minggu lepas, mood untuk update pasal makanan di kampung halaman tercinta.

Untuk pengetahuan semua, kampung ummi dekat dengan kuala, jadi banyak juga peniaga keropok lekor. Masa kecil dulu, rasanya antara makanan gerai kampung kesukaan ummi selain kerepok, nasi air,bihun sup .. makanan lain nya ialah 'Laila'. Ummi pun dah tak ingat nama sebenarnya Laila ke Lela, sebab makanan ni rasanya dekat kampung ummi sahaja ada. Kampung sebelah pun tak kenal kot apa benda ni.

Balik kampung baru-baru ni, ma ummi buat kan untuk dijual, jadi berkesempatan lah umi snap gambar.


Biasa orang jual nipis dan liat sikit, tapi yang ma buatkan ni gemuk sikit.
Tinggal 1, makan dengan sos manis kerepok lekor.

Bahan-bahan untuk buat Laila:

Adunan Kerepok lekor
Sedikit ikan sardin/selaye
Daun Kesum hiris halus
Sedikit Bawang hilis halus

Adunan kerepok lekor tu minta dengan kilang kerepok sebelah rumah. senang kerja kan?


Bila dah jadi adunan macam tu, bentukkan bulat2 dan leperkan, dengan sedikit minyak masak, pastu celurkan.



Bila dah masak, toskan. Bila nak makan, goreng sampai garing tau. Sedap sangat.
Nyam..nyam..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...