Pages

24 Mei 2017

Tabung Warisan Anak Selangor - TAWAS

Hikmah ummi besalin di negeri Selangor, Nasuha dapat kelebihan , TAWAS.
Khas untuk anak Selangor.

Nasuha 10 bulan


21 Mei 2017

Resepi Puding Karamel

Raya dah dekat, jom kita Riang Ria shopping online dengan LAZADA  dan dapatkan potongan sehingga 90% bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017. Jangan lepaskan peluang.

Sambil-sambil itu, jom sertai contest LAZADA Ramadhan Raya Contest.

Minggu pertama, Delicious Ramadhan 

a. What are your favorite Iftar dishes?
Puding Karamel.


Puding Karamel

b. Share the recipes of the dishes

Bahan-bahan :
5 biji telur (3 biji telur+ 2kuning telur sahaja)1 tin susu cair
4 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan air panas
5 sudu besar gula untuk karamel


 Cara-cara :

1. Cairkan 5 sudu gula dalam loyang, guna api sederhana, guna pengepit besi untuk kepit loyang dan kacau. Pastikan anak-anak kecik tiada berhampiran. Risau terpelanting loyang dengan gula panas.


2. Bila dah menggelegak cam ni, kecikkan api.


 3. Bila dah cair kekuningan, boleh lah matikan api. Loyang tu masih panas, gula tu akan masak sendri dan akan kuning keemasan. Jika nampak cam nak terhangit, cepat-cepat percitkan air untuk hentikan proses pemanasan. Biarkan karamel sejuk dan keras dalam loyang.


4. Susu cair dicampur sekali dengan air panas dan esen vanila. Kacau sebati.
5. Dalam bekas lain, telur, air panas dan  4 sudu gula dicampur. Kacau sehingga gula larut.
(Telur dibuang pusatnya terlebih dahulu.)
6.Bila dah larut, sekalikan campuran susu dan telur tadi dalam 1 bekas. 
(Nak senang saya letak dalam jag air, senang nak tuang)
7. Tuang dalam loyang yang ada karamel keras tadi. Tapis tau baru lah tekstur halus.



                            8. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus dalam 25-30 minit. 

Tunggu sejuk dahulu baru simpan dalam peti sejuk. Masa berbuka barulah sedap dimakan masa sejuk.

Dah banyak kali buat. Resepi ni mudah dan hasilkan puding karamel yang lembut dan tak muak. Keluarga dan kawan-kawan saya suka dengan karamel ikut resepi ini.

c. What kind of products can you find on Lazada's platform to help you prepare the dishes?
Pengukus 3 layer. Boleh kukus 3 loyang puding karamel dalam 1 masa. 


Bersempena dengan ramadhan ni, teringin untuk kongsi juadah dengan jiran-jiran. Dengan periuk pengukus 3 layer ini jimat masa dan tenaga untuk sediakan juadah ini. Harga pun berbaloi, dapat 70% potongan, hanya di LAZADA.



18 Mei 2017

Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam

Assalamualaikum..

Hari ni ummi nak cerita pasal Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak  berhampiran dengan seksyen 8 Shah Alam. Kali terakhir sampai Taman Botani Negara Shah Alam (Bukit Cerakah) ni tahun 2011, kiranya 6 tahun yang lalu. Lama sangat kan? Masa tu anak sorang, sekarang dah ada 3 orang anak.

Apa yang membezakan dulu dan sekarang? 
1. Tempat letak kereta sekarang dah berbayar. Tapi berbaloi lah kot tengok ada perubahan sikit. 

2. Pintu masuk dah lain, lebih scantik dan pintu lama untuk keluar sahaja.

Tiket masuk:   RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (macam dulu juga)


Taman Botani Negara ni luas sangat, rasanya kalau jalan kaki tak larat kot. Pengunjung boleh mengasuh basikal yang disewa atau naik sahaja bas dia, jimat tenaga dan duit.

Tunggu bas

Lanskap depan Rumah Iklim Sederhana 4 Musim
             Tiket masuk:   RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (macam dulu juga)
Kalau musim salji, dewasa RM5. (kalau dulu sama musim apa pun)




Biasa kalau datang taman ni, semata-mata nak tengok dan rasa iklim 4 musim sahaja.


Bulan Mei musim bunga, dari pengalaman banyak kali sampai sini, rasanya musim bunga paling cantik. Kalau musim sejuk/salji. Sejuk sangat.








Why are you so serious, Nasuha?


11 Mei 2017

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Nak kongsi cerita dari lazada lagi..

Sapa pernah masuk peraduan?





Kita tak pernah lagi join peraduan blogger2 ni. 

Rasa teruja sangat nak try, menang ke tak belakang kira, kalau dapat join pun dah rasa happy.

Okey, pada sesiapa nak try boleh  klik--> Lazada Tamadhan Raya Blogger Contest yang akan bermula 19 Mei ini.

Ada 4 peraduan semuanya, kalau boleh nak try semua..Cehh..tamak, 1 pun belum tentu dapat buat, apa pun i try my best.

Makin ramai penyertaan, makin banyak hadiah. Jadi, jom ramai-ramai kita sertai.

5 Mei 2017

TERLENA

Waktu berlalu begitu pantas, 
menipu kita yang terlena.
Belum sempat berzikir di waktu pagi, 
hari sudah menjelang siang. 
Belum sempat bersedekah pagi, 
matahari sudah meninggi.

Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, 
tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, 
menambah hafalan satu hari satu ayat, 
itu pun tidak dilakukan.
Rancang untuk tidak akan melewatkan malam 
kecuali dengan tahajjud dan witir, 
walau pun hanya 3 rakaat, 
semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? 
Berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, 
sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 
dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan 
"Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, 
diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....
Astaghfirullah, 
ternyata sedekah ku tidak seberapa 
sedekah dan infak cuma sekadarnya, 
mengajarkan ilmu tidak pernah ada, 
silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, 
meraung, menjerit menahan kesakitan 
di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
Tambahkan usiaku ya Allah, 
aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum 
Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu 
selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang 
pagi, siang, petang dan malam, 
perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi 
agar kita benar-benar BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan 
untuk menghasilkan pahala, 
maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

Nukilan, 
Pujangga Nusantara
(Pak Hamka)

2 Mei 2017

Pesta Buku Antarabangsa 2017 di PWTC

Assalamualaikum


Bersiaran lagi ummi di waktu rehat tengahari, kali ni ummi nak cerita pasal pesta buku Antarabangsa di PWTC yang berlangsung dari 28 April hingga 7 Mei 20017. Sebenarnya ummi tak rancang pun nak pergi pesta buku, memang tak tahu pun, secara kebetulan abi tanya, alang-alang kita dekat KL nak pergi mana. Ummi jawab, rasa nak rehat dekat rumah sahaja. Tak rancang nak berjalan-jalan cuti 1 Mei hari pekerja sebab dah 2 hari berturut-turut pergi sana sini. Dalam kereta layan FB, Scroll FB tengok ada Pesta Buku Antarabangsa. 

Memang dalam hati niat nak cari buku 3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna. Terus ajak abi pergi sana.
Pertama kali sampai dekat PWTC ni.

Suasana meriah, ramai sangat pengunjung, lepas parking kereta, naik-naik tangga terus nampak belakang pentas, dan ummi bertuah semalam dapat tengok live penulis buku 3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna, Adlil Rajiah & Najmi Haniffah. Terus beli 2 buah buku beliau dan dapat harga promosi. 

Nak juga bergambar macam tu. Hehehe

Pastu pusing-pusing cari buku yang sesuai untuk kakak Qaisara dan abang Bukhari. Habis round rasa tak larat dah kaki, cuba naik tingkat 1 rupanya banyak lagi. Ada Agen Ali lagi dekat level 1, suka lah anak-anak.


Sabar menanti anak-anak join Cabaran Ajen Ali


Memang tak bersedia pun nak keluar sampai PWTC ni, dengan abang berseluar pendek dan adik tak berstoking. Adik Nasuha okey sahaja, tak meragam walaupun ramai orang.

Ummi dan abi ingat 1 level sahaja ada buku, rupanya banyak level juga penuh dengan jualan buku. Kami hanya naik sampai level 1 sahaja, tak larat. Memang kalau nak ke sana sehari rasa tak puas, banyak sangat buku, dan makan pun senang dekat situ.


Tahun depan In Sha Allah boleh datang lagi sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...