Pages

2 Mei 2017

Pesta Buku Antarabangsa 2017 di PWTC

Assalamualaikum


Bersiaran lagi ummi di waktu rehat tengahari, kali ni ummi nak cerita pasal pesta buku Antarabangsa di PWTC yang berlangsung dari 28 April hingga 7 Mei 20017. Sebenarnya ummi tak rancang pun nak pergi pesta buku, memang tak tahu pun, secara kebetulan abi tanya, alang-alang kita dekat KL nak pergi mana. Ummi jawab, rasa nak rehat dekat rumah sahaja. Tak rancang nak berjalan-jalan cuti 1 Mei hari pekerja sebab dah 2 hari berturut-turut pergi sana sini. Dalam kereta layan FB, Scroll FB tengok ada Pesta Buku Antarabangsa. 

Memang dalam hati niat nak cari buku 3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna. Terus ajak abi pergi sana.
Pertama kali sampai dekat PWTC ni.

Suasana meriah, ramai sangat pengunjung, lepas parking kereta, naik-naik tangga terus nampak belakang pentas, dan ummi bertuah semalam dapat tengok live penulis buku 3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna, Adlil Rajiah & Najmi Haniffah. Terus beli 2 buah buku beliau dan dapat harga promosi. 

Nak juga bergambar macam tu. Hehehe

Pastu pusing-pusing cari buku yang sesuai untuk kakak Qaisara dan abang Bukhari. Habis round rasa tak larat dah kaki, cuba naik tingkat 1 rupanya banyak lagi. Ada Agen Ali lagi dekat level 1, suka lah anak-anak.


Sabar menanti anak-anak join Cabaran Ajen Ali


Memang tak bersedia pun nak keluar sampai PWTC ni, dengan abang berseluar pendek dan adik tak berstoking. Adik Nasuha okey sahaja, tak meragam walaupun ramai orang.

Ummi dan abi ingat 1 level sahaja ada buku, rupanya banyak level juga penuh dengan jualan buku. Kami hanya naik sampai level 1 sahaja, tak larat. Memang kalau nak ke sana sehari rasa tak puas, banyak sangat buku, dan makan pun senang dekat situ.


Tahun depan In Sha Allah boleh datang lagi sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...