Pages

21 Mei 2017

Resepi Puding Karamel

Raya dah dekat, jom kita Riang Ria shopping online dengan LAZADA  dan dapatkan potongan sehingga 90% bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017. Jangan lepaskan peluang.

Sambil-sambil itu, jom sertai contest LAZADA Ramadhan Raya Contest.

Minggu pertama, Delicious Ramadhan 

a. What are your favorite Iftar dishes?
Puding Karamel.


Puding Karamel

b. Share the recipes of the dishes

Bahan-bahan :
5 biji telur (3 biji telur+ 2kuning telur sahaja)1 tin susu cair
4 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan air panas
5 sudu besar gula untuk karamel


 Cara-cara :

1. Cairkan 5 sudu gula dalam loyang, guna api sederhana, guna pengepit besi untuk kepit loyang dan kacau. Pastikan anak-anak kecik tiada berhampiran. Risau terpelanting loyang dengan gula panas.


2. Bila dah menggelegak cam ni, kecikkan api.


 3. Bila dah cair kekuningan, boleh lah matikan api. Loyang tu masih panas, gula tu akan masak sendri dan akan kuning keemasan. Jika nampak cam nak terhangit, cepat-cepat percitkan air untuk hentikan proses pemanasan. Biarkan karamel sejuk dan keras dalam loyang.


4. Susu cair dicampur sekali dengan air panas dan esen vanila. Kacau sebati.
5. Dalam bekas lain, telur, air panas dan  4 sudu gula dicampur. Kacau sehingga gula larut.
(Telur dibuang pusatnya terlebih dahulu.)
6.Bila dah larut, sekalikan campuran susu dan telur tadi dalam 1 bekas. 
(Nak senang saya letak dalam jag air, senang nak tuang)
7. Tuang dalam loyang yang ada karamel keras tadi. Tapis tau baru lah tekstur halus.



                            8. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus dalam 25-30 minit. 

Tunggu sejuk dahulu baru simpan dalam peti sejuk. Masa berbuka barulah sedap dimakan masa sejuk.

Dah banyak kali buat. Resepi ni mudah dan hasilkan puding karamel yang lembut dan tak muak. Keluarga dan kawan-kawan saya suka dengan karamel ikut resepi ini.

c. What kind of products can you find on Lazada's platform to help you prepare the dishes?
Pengukus 3 layer. Boleh kukus 3 loyang puding karamel dalam 1 masa. 


Bersempena dengan ramadhan ni, teringin untuk kongsi juadah dengan jiran-jiran. Dengan periuk pengukus 3 layer ini jimat masa dan tenaga untuk sediakan juadah ini. Harga pun berbaloi, dapat 70% potongan, hanya di LAZADA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...