Pages

18 Mei 2017

Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam

Assalamualaikum..

Hari ni ummi nak cerita pasal Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak  berhampiran dengan seksyen 8 Shah Alam. Kali terakhir sampai Taman Botani Negara Shah Alam (Bukit Cerakah) ni tahun 2011, kiranya 6 tahun yang lalu. Lama sangat kan? Masa tu anak sorang, sekarang dah ada 3 orang anak.

Apa yang membezakan dulu dan sekarang? 
1. Tempat letak kereta sekarang dah berbayar. Tapi berbaloi lah kot tengok ada perubahan sikit. 

2. Pintu masuk dah lain, lebih scantik dan pintu lama untuk keluar sahaja.

Tiket masuk:   RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (macam dulu juga)


Taman Botani Negara ni luas sangat, rasanya kalau jalan kaki tak larat kot. Pengunjung boleh mengasuh basikal yang disewa atau naik sahaja bas dia, jimat tenaga dan duit.

Tunggu bas

Lanskap depan Rumah Iklim Sederhana 4 Musim
             Tiket masuk:   RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (macam dulu juga)
Kalau musim salji, dewasa RM5. (kalau dulu sama musim apa pun)




Biasa kalau datang taman ni, semata-mata nak tengok dan rasa iklim 4 musim sahaja.


Bulan Mei musim bunga, dari pengalaman banyak kali sampai sini, rasanya musim bunga paling cantik. Kalau musim sejuk/salji. Sejuk sangat.








Why are you so serious, Nasuha?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...